Senarai Ucapan Nuzul Al-Quran Tahun 2024

Senarai Ucapan Nuzul Al-Quran Tahun 2024

Disini kami kongsikan beberapa koleksi dan senarai ucapan Nuzul Al-Quran yang disambut di Malaysia terutamanya pada setiap 17 Ramadan dengan pelbagai cara seperti ceramah, tazkiran, Quran Hour dan sebagainya.

Pada tahun 2024, hari Nuzul Al-Quran adalah jatuh pada 28 Mac 2024 (Khamis) iaitu bersamaan 17 Ramadan 1445H. Di Malaysia terutamanya, pada tarikh ini ianya juga merupakan cuti peristiwa bagi seluruh negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Satu-satunya mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan masih kekal sehingga sekarang iaitu Al-Quran. Ianya digunakan sebagai panduan kehidupan kita melibatkan pelbagai aspek sama ada di dunia dan diakhirat.

Maksud Nuzul Al-Quran

'Nuzul Al-Quran', daripada segi bahasa, 'Nuzul' membawa maksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Manakala 'Al-Quran' merujuk kepada kita suci agama Islam. Jadi Nuzul Al-Quran membawa maksud penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad yang terakhir.

Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah merujuk kepada penurunan lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan tahun ke-41 yang ketika itu baginda berada di Gua Hira'.

Kemudian barulah ayat-ayat al-Quran lain diterunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi kita melalui perantara malaikat Jibril selama 22 tahun iaitu di Mekah dan Madinah sehinggalah menjadi kita al-Quran seperti hari ini.

Senarai Koleksi Ucapan Nuzul Al-Quran Tahun 2024/1445H

Sempena peristiwa Nuzul Al-Quran yang berlaku pada 17 Ramadan ini, marilah kita sama-sama untuk menghayati ayat-ayat suci Allah ini dengan membaca dan mentadabbur baik secara bersendirian atau beramai-ramai.

Dalam tempoh ini juga, anda boleh sampaikan ucapan salam kepada keluarga dan rakan-rakan dan kongsikan ucapan-ucapan yang baik sempena Nuzul Al-Quran ini di akaun media sosial anda sebagai tanda peringatan.

Disini kami kongsikan beberapa koleksi dan senarai ucapan Nuzul Al-Quran yang menarik untuk anda gunakan bagi tahun 2024 dan tahun islam 1445H:

Senarai Ucapan Nuzul Al-Quran Tahun 2024

Ucapan Nuzul Al-Quran 1

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 28 Mac 2024/17 Ramadan 1445H

"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang batil)" - Al-Baqarah (ayat 185)

Ucapan Nuzul Al-Quran 2

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H

Semoga dapat sama-sama kita mengimarahkannya dengan amal ibadah dan bacaan tadarus Al-Quran

Ucapan Nuzul Al-Quran 3

Salam Nuzul Al-Quran 1445H

Sama-samalah kita menghayati peristiwa bersejarah Nuzul Al-Quran di bulan Ramadan yang mulai ini. Semoga kita semua senitasa dalam lindunganNya selalu.

Ucapan Nuzul Al-Quran 4

Salam Nuzul Al-Quran 1445H, ucapan ikhlas kepada semua!

Tanggal 17 Ramadan setiap tahun, catatan peristiwa terpenting dalam takwim Islam menyambut satu peristiwa penting dalam bulan Ramadan iaitu Nuzul Al-Quran.

Ucapan Nuzul Al-Quran 5

Salam Nuzul Al-Quran

Hayati sebaiknya peristiwa penurunan Al-Quran yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian agar terus istiqomah dalam segala perbuatan kita. Semoga segala amalam kita diterima oleh Allah seterusnya menemukan kembali bulan Ramadan ini di tahun akan datang.

Ucapan Nuzul Al-Quran 6

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445 Hijrah

Firman Allah: "Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya Al-Quran yang menjadi petunjuk untuk manusia" - Surah Al-Baqarah ayah 185

Ucapan Nuzul Al-Quran 7

Diucapkan selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada semua muslimin dan muslimat. Selamat bercuti dan terus mentadabbur al-Quran sepanjang hidup kita.

Ucapan Nuzul Al-Quran 8

Salam Nuzul Quran 17 Ramadan 1445H/2024

Semoga kita sentiasa berdamping dengan al-Quran dan menjadi orang yang sentiasa membaca dan beramal dengannya.

Ucapan Nuzul Al-Quran 9

Selamat Menyambut Dan Menghayati Hari Nuzul Al-Quran Tahun 2024

'Setiap tahun disambut pada 17 Ramadan dan marilah kita semua menjadikan al-Quran sebagai Perlembagaan dalam setiap urusan kehidupan kita.'

Ucapan Nuzul Al-Quran 10

Hargailah mukjizat al-Quran dan dalamilah maksud yang ingin disampaikan samada tersirat atau tersurat yang terkandung di dalamnya

Ucapan Nuzul Al-Quran 11

Nuzul Quran tidak bermakna dengan hanya ucapan 'Salam Nuzul Al-Quran'. Ianya perlu dengan penghayatan dan amal tentang isi kandungannya. Insya Allah

Ucapan Nuzul Al-Quran 12

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H/28 Mac 2024

Semoga Nuzul Al-Quran menginspirasi kita untuk terus belajar dan mengejar kebaikan, dan untuk selalu memperbaiki diri kita agar kita menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah SWT.

Wishes Nuzul Al-Quran 13 (English)

We extend our wishes for good health and good cheer to you and your family in this Nuzul Al-Quran Day.

Wishes Nuzul al-Quran 14 (English)

Salam Nuzul Al-Quran

This is the book (Quran) whereof there is no doubt, a guidance to those who are Al-Muttaqoon and love Allah much

Wishes Nuzul al-Quran 15 (English)

Happy Nuzul Al-Quran

Wishing all Muslims a joyous Nuzul Quran Celebration. Have a blessed one.

Pantun Nuzul Al-Quran 2024

Pantun Nuzul Al-Quran 1

Burun bayan hinggap di dahan,
Mencari makan hingga ke malam,
17 Ramadan diturunkan al-Quran
Sebagai petunjuk sekali alam.

Pantun Nuzul Al-Quran 2

Rama-rama hinggap di tangan,
Terbang sebentar mencari makan,
Al-Quran bukan sekadar bacaan,
Ia menjadi petunjuk jalan.

Pantun Nuzul Al-Quran 3

Burung terbang membuat sarang,
Membuat sarang di pokok langsat,
Al-Quran petunjuk jalan yang terang,
Jangan tak ikut, nanti tersesat.

Pantun Nuzul Al-Quran 4

Petang hari cuaca redup,
Tiba-tiba hujan baju pun basah,
Al-Quran pedoman di dalam hidup,
Bila tak ikut, hati gelisah.

Pantun Nuzul Al-Quran 5

Menonton bola, makan kuaci,
Bola dibawa kesana kemari,
Mari dibuka kitab yang suci,
Jangan dibiarkan di dalam almari.

Pantun Nuzul Al-Quran 6

Bila sudah retaknya kaca,
susun kembali tidak manfaat,
Bila Al-Quran selalu dibaca,
Mudah-mudahan nanti dapat syafaat.

Pantun Nuzul Al-Quran 7

Malam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan,
17 Ramadan malam diturunkan Al-Quran,
Al-Quran bukan hanya sekadar bacaan,
Al-Quran adalah pedoman hidup bagi orang-orang yang beriman.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post