Dividen Tabung Haji 2023 - Agihan Keuntungan TH Tahun Ini

Dividen Tabung Haji 2023

Pada 2 April 2024 (Selasa), Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan dividen atau agihan keuntungan Tabung Haji tahun 2023 adalah sebanyak 3.10% setelah dilunaskan zakat 2.57% bagi pihak pendeposit.

Jika dilihat dan dibandingkan dengan tahun sebelum-sebelumnya, nilai sama seperti empat tahun sudah iaitu bermula 2020, 2021, 2022 dan 2023 untuk tahun ini.

TH mengumumkan jumlah agihan keuntungan tahun 2023 adalah sebanyak RM2.72 bilion dimana memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.

Manakala 2.57% zakat telah dilunaskan kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.37 bilion yang telah dilunaskan sehingga tahun 2023.

Kadar Agihan Keuntungan Tabung Haji

Berikut merupakan senarai kadar agihan keuntungan TH untuk tahun-tahun sebelumnya.

Tahun Agihan Keuntungan
2010 5.5%
2011 6.0%
2012 6.5% + 1.5% Bonus
2013 6.0% + 2.0% Bonus
2014 6.25% + 2.0% Bonus
2015 5.00% + 3% Bonus
2016 4.25% + 1.50 Bonus
2017 4.25% + 1.75% Bonus
2018 1.25%
2019 3.05%
2020 3.10%
2021 3.10%
2022 3.10%
2023 3.10%

*dikongsikan bermula tahun 2010 hingga tahun terkini

Cara Semak Dividen atau Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023

Untuk agihan keuntungan tahun 2023 ini, para pendeposit boleh mula semak dividen yang diperoleh ke dalam akaun masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari.

BACA : Cara Semak Baki Tabung Haji Menggunakan THiJARI

Anda boleh semak secara manual di kaunter TH yang berdekatan atau secara online menerusi laman https://www.thijari.com.my/ atau aplikasi THiJARI di smartphone anda.

Semak Dividen Menggunakan Aplikasi THiJARI

  1. Login akaun THIjARI anda dengan masukkann ID dan password
  2. Pada halaman utama, klik 'Menu' pada bahagian kiri atas dan kemudian pilih 'Ringkasan Akaun'
  3. Klik pada 'nama anda'
  4. Pada 'sejarah transaksi' dan pilih 'hari ini'
  5. Akan dipaparkan jumlah dividen yang diterima pada 'Agihan Keuntungan'

Selesai

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "Dividen Tabung Haji 2023 - Agihan Keuntungan TH Tahun Ini"