Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif

Nak lebih meriah, lebih kreatif sempena Lebaran tahun 2024 ini, selain daripada ucapan salam, apa kita bagi pantun raya pula. Boleh kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan yang mengenali diri kita.

Setiap tahun, pasti meriah dengan ucapan Hari Raya Aidilfitri dimana kita kongsikan bersama kenalan termasuklah di media sosial seperti facebook dan tiktok

Untuk kali ini, kita tukar sikit daripada ucapan-ucapan biasa tersebut kepada pantun raya yang lebih menarik anda anda share bersama orang ramai.

Senarai Ucapan Pantun Raya Aidilfitri Tahun 2024

Berikut merupakan antara pantun raya Aidilfitri kreatif, lawak dan popular untuk tahun 2024 ini bagi anda gunakan.

Bermain mercun sambil menari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Aku menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Menyeberang lautan, merentas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu hendak kembali.

Masa udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Bunyi mercun berdentuk-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

Bila baring terus terlelap,
Jangan sampai tidak bangun pagi,
Jika ada salah dan silap,
Jangan simpan di dalam hati.

Gulai tempoyak ikan mayong,
Durian busuk ditebuk tupai,
Pandu hemat ingat kampung,
Asal teman selamat sampai.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Nak hantar kad raya tak sampai nanti,
Ucapan pantun aje pengganti diri.

Mencari lemang di malam hari,
Raya terkejut tak tersangka lagi,
Berbahagia kita di Aidilfitri,
Saya ucapan untuk hari kemenangan ini.

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Awak cantik muka berseri,
Semoga pantun sampai ke hati.

Pergi ke kedai membeli zaiton,
Zaiton membeli penambah rasa,
Kenapa abang baca macam pantun,
Baca je la macam biasa.

Pulau Panda jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Makan sudah, salam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa

Pergi ke hutan memburu rusa,
Memburu rusa bersama Pakya,
Kepada orang yang tak puasa,
Baik kau takpayah raya.

Pergi ke kedai mencari gula,
Sampai ke kedai berjumpa Amin,
Selamat Hari Raya untuk semua,
Duti raya jangan lupa bank-in.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Contoh Pantun Raya Aidilfitri 2024 Lawak Dan Kreatif"