Jadual Siaran Langsung Piala Asia B23 AFC 2024 Dan Keputusan Perlawanan

Jadual Siaran Langsung Piala Asia B23 AFC 2024 Dan Keputusan Perlawanan

Piala Asia B23 AFC 2024 (AFC U-23 Asian Cup 2024) akhirnya kini tiba dimana mempertemukan 16 negara merebut gelaran juara disamping untuk menempah slot ke Olimpik Paris 2024.

Kejohanan yang melibatkan pemain dibawah umur 23-tahun ini akan bermula dari 15 April hingga 3 Mei 2024 dan sekali lagi Qatar akan menjadi tuan rumah.

Qatar selaku tuan rumah telah mengumumkan hanya 4 venue stadium yang akan digunakan sepanjang kejohanan iaitu Stadium Jassim Bin Hamad, Stadium Antarbangsa Khalifa, Stadium Abdullah Bin Khalifa dan Stadium Al Janoub.

Arab Saudi merupakan penyandang juara dimana mereka telah memenanginya pada edisi 2022. Hanya tiga pasukan terbaik yang akan layak secara automatik ke Olimpik Paris, manakala tempat keempat akan melalui perlawanan play-off selepas ini.

Skuad Harimau Muda, Malaysia juga telah berjaya melayakkan diri dalam saingan Piala Asia B23 kali ini apabila telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Sebanyak 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan dalam setiap daripadanya. Hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati bermula di pusingan suku akhir.

  • Kumpulan A - Australia, Jordan, Qatar (H), Indonesia
  • Kumpulan B - Jepun, Korea Selatan, UAE, China
  • Kumpulan C - Arab Saudi, Iraq, Thailand, Tajikistan
  • Kumpulan D - Uzbekistan, Vietnam, Kuwait, Malaysia

2024 afc asian cup u23

Siaran Langsung Piala Asia B23 AFC 2024

Berbeza dengan kejohanan utama Piala Asia edisi 2023 sebelum ini dimana terdapat 51 perlawanan kesemuanya. Untuk Piala Asia B23 ini, hanya terdapat 32 perlawanan sahaja termasuk penentuan tempat ketiga dan final.

Jadi untuk peminat bola sepak tanah air, anda boleh saksikan kesemua perlawanan secara langsung di kaca tv yang mana Astro akan bawakan menerusi Arena Bola 803 dan Arena Bola 2 804 serta secara live streaming di Sooka.

Sepertinya tiada tayangan siaran langsung di saluran RTM untuk kejohanan kali ini.

Jadual Perlawanan Piala Asia B23 AFC 2024 & Keputusan

*tarikh dan masa perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia

PERINGKAT KUMPULAN

15 April, Isnin

FT : Australia (0) - (0) Jordan – 9.00 malam

FT : Qatar (2) - (0) Indonesia – 11.30 malam

16 April, Selasa

FT : Jepun (1) - (0) China – 9.00 malam

FT : Korea (1) - (0) UAE – 11.30 malam

FT : Iraq (0) - (2) Thailand – 11.30 malam

17 April, Rabu

FT : Arab Saudi (4) - (2) Tajikistan – 2.00 pagi

FT : Uzbekistan (2) - (0) Malaysia – 9.00 malam

FT : Vietnam (3) - (1) Kuwait – 11.30 malam

18 April, Khamis

FT : Indonesia (1) - (0) Australia – 9.00 malam

FT : Jordan (1) - (2) Qatar – 11.30 malam

19 April, Jumaat

FT : China (0) - (2) Korea – 9.00 malam

FT : UAE (0) - (2) Jepun – 11.30 malam

FT : Thailand (0) - (5) Arab Saudi – 11.30 malam

20 April, Sabtu

FT : Tajikistan (2) - (4) Iraq – 2.00 pagi

FT : Malaysia (0) - (2) Vietnam – 9.00 malam

FT : Kuwait (0) - (5) Uzbekistan – 11.30 malam

21 April, Ahad

FT : Jordan (1) - (4) Indonesia – 11.30 malam

FT : Qatar (0) - (0) Australia – 11.30 malam

22 April, Isnin

FT : UAE (1) - (2) China – 9.00 malam

FT : Jepun (0) - (1) Korea – 9.00 malam

FT : Arab Saudi (1) - (2) Iraq – 11.30 malam

FT : Thailand (0) - (1) Tajikistan – 11.30 malam

23 April, Selasa

FT : Uzbekistan (3) - (0) Vietnam – 11.30 malam

FT : Kuwait (2) - (1) Malaysia – 11.30 malam

SUKU AKHIR

25 April, Khamis

AET : Qatar (2) - (4) Jepun - 10.00 malam

26 April, Jumaat

AET : Korea (2) - (2) Indonesia [Pen: 10-11] - 1.30 pagi

FT : Uzbekistan (2) - (0) Arab Saudi - 10.00 malam

27 April, Sabtu

FT : Iraq (1) - (0) Vietnam - 1.30 pagi

SEPARUH AKHIR

29 April, Isnin

Indonesia vs Uzbekistan - 10.00 malam

30 April, Selasa

Jepun vs Iraq - 1.30 pagi

*Pusingan seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post