Siaran Langsung Sri Pahang vs Albirex Nigata Perlawanan Pre Season 2024

Sri Pahang vs Albirex Nigata

Pertemuan Sri Pahang vs Albirex Nigata akan berlangsung pada 16 April 2024, hari Selasa bertempat di Stadium Jurong East di Singapura.

Perlawanan ini merupakan aksi pra musim atau pre season terutamanya bagi pasukan Sri Pahang bagi membuat persediaan menghadapi musim terbaru Liga Super 24/25 yang akan datang.

Dalam siri jelajah Singapura ini, Selain daripada Albirex Niigata, Sri Pahang juga akan berdepan dengan Geylang International FC pada 18 April depan.

pre season 2024 sri pahang

Antara persediaan awal bagi pasukan bola sepak sebelum bermulanya musim baru, pastinya ingin menilai tahap permainan dan persefahaman sesbuah pasukan.

Ketua jurulatih, Fandi Ahmad pastinya ingin melihat gandingan pemain lama dan pemain baharu yang dibawa masuk mampu memberi saingan yang baik dalam saingan yang akan datang.

Rekod Pertemuan

Untuk rekod, kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu sesama sendiri. Ini merupakan pertembungan kali pertama bagi Sri Pahang dan Albirex Nigata yang merupakan pasukan dari Jepun yang bertapak di Singapura.

Untuk tahun 2024, Albirex Nigata pernah bertemu pasukan Perak pada Mac yang lalu dan menyaksikan wakil Singapura itu tewas 1-3 kepada skuad kendalian Yusri Che Lah tersebut.

Siaran Langsung Sri Pahang vs Albirex Nigata

Setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi daripada mana-mana penyiar saluran tv berkenaan tayangan siaran langsung sama ada dari Malaysia mahupun Singapura.

Jika ada pun, mungkin tayangan live streaming daripada pihak ketiga untuk menayangkan perlawanan persahabatan ini pada hari perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual perlawanan pra musim Sri Pahang vs Albirex Nigata yang berlangsung pada 16 April 2024, hari Selasa bertempat di Singapura. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

FT : Sri Pahang (1) - (0) Albirex Niigata

*Perlawanan terpaksa dihentikan susulan hujan lebat di venue perlawanan

Waktu : TBA
Venue : Singapura
TV : Tiada
Live Streaming : Tiada

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post