Koleksi Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2024 Menarik & Kreatif

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Dah tiba hari istimewa ini, jadi disini kami kongsikan koleksi dan contoh ucapan Selamat Hari Raya Aidiliftri untuk tahun 2024 yang menarik dan kreatif untuk anda gunakan bagi memeriahkan lagi hari raya kali ini.

Sambutan Hari Raya tidak lengkaplah kalau tiada ucapan-ucapan selamat yang dikongsikan untuk keluarga dan rakan-rakan. Ramai-ramai share dan kongsikan sama ada menerusi talian whatsapp mahupun di media sosial.

Dengan ucapan-ucapan ini juga adalah sebagai tanda kasih sayang dan pengganti diri yang mana mungkin ada yang tidak sempat untuk pulang ke kampung. Jadi dengan adanya wishes ini, hari raya anda tidaklah terlalu sepi.

Selain daripada share di twitter, instagram, facebook mahupun tiktok, ucapan-ucapan ini juga anda boleh kongsikan dan letakkan di dalam kad digital raya anda. Anda design poster bersama gambar dan letak ucapan-ucapan ini sekali.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024

Berdasarkan kalendar hijrah tahun 1445, umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024, hari Selasa. Maka cuti umum juga akan bermula pada hari Selasa tersebut dan Hari Raya Kedua, pada hari Rabu.

Aidilifitri sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan kita umat Islam selepas sebulan berpuasa dari pagi hingga petang. Kita juga berdoa agar segala amalan diterima olehNya dan akan bertemu kembali Ramadan pada tahun hadapan.

Senarai Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024

Jadi disini, kami kongsikan beberapa contoh ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri terbaru tahun 2024 dalam bentuk yang menarik dan kreatif. Pantun pun ada.

BACA : Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1

Salam Aidilfitri 1445H/2024M

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ

 َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ

مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga amal ibadah kita diterima sepanjang bulan Ramadan dan termasuk juga orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang menyambut lebaran kali ini. Semoga raya kali ini diraikan dengan penuh ketakwaan dan kegembiraan bersama keluarga tersayang

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 3

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lida ada keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segalanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/20224

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 4

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi anda.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 5

Memang raga kita tak bertemu, namun hati kita selalu menyatu. Mohon maaf segala khilaf dan tingkah laku. Selamat Hari Raya Aidilfitri 144 Hijrah. Mohon Maaf Zahir dan Batin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 6

Jika ada salah dan silap, sengaja mahupun tidak sengaja. Harap diampunkan dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki. Semoga Syawal kali ini diraikan dengan penuh kesyukuran.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 7

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam walau dimana sahaja anda berada.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 8

Saya mengambil kesempatan di hari yang barakah ini untuk merakamkan ucapan selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat sahabat semua. Maaf zahir dan batin.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 9

Seiring dengan berakhirnya bulan Ramadan, mari kita sambut dengan sukacita datangnya Hari Raya Aidilfitri. Selamat menyambut lebaran, semoga segala kebaikan menghampiri kita.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 10

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/20224 kepada seluruh ummat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Kepada warga kota yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai ke sestinasi yang dituju. Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna dan  diterima olehNYA. Semoga sempat bertemu bulan Ramadhan yang akan datang, In shaa Allah .

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 11

Semoga kita semua diberikan sebaik-baik pengampunan oleh Allah SWT dan segala ibadah kita di sepanjang bulan Ramadan yang lepas diterima-Nya.

Ampun maaf zahir dan batin jika ada salah silap tutur bicara dan perbuatan dari kami sendiri. Halalkan mana-mana yang terlebih terkurang.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 12

Seiring dengan berakhirnya bulan Ramadan, mari kita sambut dengan sukacita datangnya Hari Raya Aidilfitri. Selamat menyambut lebaran, semoga kebaikan menghampiri kita.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 13

Selamat menyambut hari raya aidilfitri tak lama lagi. Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat dan Berkat di bulan Ramadan pada kali ini. Aamiin

Salam Syawal 1445H

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 14

"Satu Syawal menjelang tiba, semoga perayaan kali ini sentiasa ceria, salam lebaran kini di pinta, mohon maaf sekiranya terkasar bahasa. Selamat Hari Raya diraikan bersama."

Salam Aidilfitri, Minal 'Aidin wal-Faizin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 15

Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua kenalan dengan ucapan Selaamt Hari Raya Aidilfitri. Semoga tahun ini kita semua diberkati dan sentiasa berada didalam rahmat Allah.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 16

Diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri.

Semoga perayaan kali ini membawa kegembiraan, ketenangan, dan kebahagiaan di dalam keluarga dan seluruh masyarakat.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 17

Andai jemari tak sempat berjabat. Jika raga tak bisa bersua. Bila ada kata membekas luka. Semoga pintu maaf masih terbuka. Selamat Idul Fitri, Mohon maaf zahir dan batin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 18

Berbuat khilaf adalah sifat. Meminta maaf adalah kewajiban. Dan kembalinya fitrah adalah tujuan. Di Aidilfitri ini mohon maaf zahir dan batin. Salam Idul Fitri.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 19

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir dan batin kepada semua umat Islam.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 20

Andai langkah membekas lara, Ada kata menusuk sukma, Ada tingkah menoreh luka, Maka maafkanlah kesilapan saya.. Akhir kata saya ingin mengucapakan selamat hari raya 2024/1445H

#HariKemenanganUmatIslam

Ucapan Hari Raya Aidilfitri In English

  1. I wish everyone Eid greetings and Eid Mubarak
  2. We wish all Muslims a joyous and blessed Eid al-Fitr! May this Eid bring you and your loved ones peace, happiness, and prosperity. Selamat hari Raya Aidilfitri.
  3. I wish Eid-ul-Fitr 2024 to all Muslim brothers and sisters with compassion, cooperation and unfailing joy for each other, Amen
  4. Happy Eid-ul-Fitr to everyone. May eid being endless happiness and joy in everyone's life. Eid Mubarak everyone.
  5. Happy Eid Mubarak! May the festival of breaking the fast put all the magic of love & happiness together
  6. May the blessings of Allah fill your life with happiness and open all the doors of success now and always. Happy Eid Mubarak.
  7. Eid Mubarak! Wishing you and your family all the blessings of Allah this day of Eid.
  8. May Allah guide you to the road of success and happiness. Eid Mubarak to you and your family.

Pantun Raya Aidilfitri

Buat meriam pasang pelita,
Asal keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa.

Gemersik takbir mengundang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Ucapan Raya tanda ingatan.

Ramadan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah laut muar,
Kasih jauh datang bertandang.
Salam Aidilfitri untuk semua.

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat perhubungan bersama keluarga,
Salam lebaran Di raikan bersama,
Semoga bahagia di hari raya.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Ucapan dikirim pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput dihati.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Sekarang nak hantar kad raya dah tak releven lagi,
So ucapan ini ajelah pengganti diri.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2024 Menarik & Kreatif"