Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2024

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2024

Yang ditunggu-tunggu kini bakal kunjung tiba apabila juara bertahan akan turun buat pertama kali dalam saingan Liga Super musim 2024/2025 kali ini dimana akan berlangsung pertemuan JDT vs Negeri Sembilan.

Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan diadakan pada 18 Mei 2024, bersamaan hari Sabtu, dengan waktu sepak mula pada pukul 5.30 petang bertempat di Stadium Sultan Ismail dimana Johor Darul Ta'zim sebagai tuan rumah.

Perlawanan ini merupakan kali pertama dalam musim terbaru ini untuk kedua-dua pasukan. Meskipun JDT mempunyai lawan pada perlawanan pembukaan minggu lalu, ianya terpaksa dibatalkan atas sebab Selangor menarik diri sekali gus meriah kemenangan secara walkover 3-0.

Dengan keputusan itu juga, juara sedekad tersebut secara rasmi membawa pulang trofi kejuaraan bagi kejohanan Piala Sumbangsih yang kini telah dimenangi oleh JDT sebanyak 9 kali secara keseluruhan. 3 mata dapat, piala pun dapat pada hari yang sama.

Jadi ini merupakan perlawanan pertama mereka dalam kancah liga kali ini. Pastinya dirasai oleh pasukan Negeri Sembilan apabila turut buat pertama kali beraksi dalam saingan liga untuk musim kali ini. Tapi terpaksa bermain di away game.

Atas sebab bilangan ganjil iaitu sebanyak 13 pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam saingan Liga Super 2024/2025 kali ini, setiap minggu pasti akan ada satu pasukan yang tidak akan beraksi. Jadi untuk minggu pertama lalu (LS1), Negeri Sembilan tidak beraksi. Kali ini mereka kembali.

Tapi adakah Negeri Sembilan mampu untuk memberikan saingan kepada JDT kali ini? Atau skrip seperti biasa selama 10 tahun, apabila JDT tetap akan terus mendominasi dan tidak akan beri peluang kemenangan kepada mana-mana pasukan termasuk Negei Sembilan? Nantikan...

Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Selain menonton di stadium, orang ramai juga turut berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv apabila ianya akan disiarkan menerusi Astro Arena Bola 2 (saluran 804) atau secara online di Astro Go.

Tapi sekiranya anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming iaitu di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas sukan bulanan dengan harga RM29.60 sahaja.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan antara JDT vs Negeri Sembilan bagi saingan minggu pertama, LS1 dalam saingan Liga Super 2024/2025. Manakala keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

18 Mei 2024 (Sabtu)

FT : JDT (3) - (1) Negeri Sembilan

  • Bergson da Silva 12', 17'
  • Hein Htet Aung 28'
  • Jordi Amat 71'

Masa : 5.30 pm
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Arena Bola 2 (804)
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2024"