(Review) Tonton Episod Akhir Drama Takdir Itu Milik Aku
Akhir drama Takdir Itu Milik Aku dah sampai ke penghujung dan tamat pun. Pada awalnya, bersiaran 40 episod sahaja, tetapi atas sambutan yang baik, penerbit, Siti Rosmizah tambah sehingga 53 episod kesemuanya.
Lebih hebat lagi, episod akhir disiarkan untuk 2 episod sekali sekali gus. Untuk episod akhir tersebut, ianya telah disiarkan pada 23 Mei 2024 iaitu episod 52 pada pukul 10 hingga 11 malam. Manakala episod 53, jam seterusnya iaitu 11 hingga 12 tengah malam.
Review Episod Akhir Drama Takdir Itu Milik Aku
Ini lah bila malam hari dah tiada apa yang di tonton di kaca tv, sudahnya layan la drama melayu. Kebetulan kali ini giliran drama Takdir Itu Milik Aku pula bersiaran. Tengok pula dari novel Siti Rosmizah, confirm ramai peminat.
Tapi sebenarnya, aku tak layan sangat awal-awal drama ini disiarkan. Sebab dah ada pengalaman tersangkut dengan drama Rindu Awak Separuh Nyawa sebelum ini. Itu pun dikatakan antara drama terbaik Siti Rosmizah dan pun ada tambahan episod rasanya.
Jadi disebabkan itu, aku tak tahu sangat cerita pada awal-awal episod. Tapi secara keseluruhan, aku tahu lah, Dian mula-mula suka ke Zarif. Lepas tu kahwin paksa. Kemudian kena dera. Eksiden dan insaf, mula terkejar-kejar balik. Semua ni ada tunjuk masa flashback yang berbakul-bakul kan. Start episod 20 kot, baru follow setiap hari.
Sebenarnya aku tengok, drama ni boleh tamat pada episod yang dicadangkan pada awalnya. Menurut pandangan aku la. Sebab dah hujung-hujung episod ni, dia macam melarat. Banyak babak yang tak perlu pun dan mungkin boleh dipercepatkan.
Sehinggalah tiba 2 episod terakhir ini, pun aku rasa masih meleret. Sebenarnya pun boleh gabungkan jadi 1 episod je. Tapi itu buah fikiran kita sebagai penonton. Mungkin penerbit sendiri, rasa lain dan buat keputusan untuk tambah kan.
Tapi aku ok la, sebab happy ending. Dian pun dapat lahirkan anak, Ziqri dengan baik. Zarif pun akhirnya sudah diterima oleh Dian dengan hati yang terbuka. Dalam masa sama juga, anaknya yang meninggal dunia pun dah boleh terima Zarif. Tak panggil tuan, panggil ayah.
Untuk watak baik, dapat ending yang baik. Untuk watak jahat, memang dapat balasan la kan. Azura sudahnya dapat anak cacat pula. Adik angkatnya si Amy, dah lepas kena simbah dengan asid, kena tahan polis pula. Rahman juga kena belasah akhirnya. Insaf. Dira kena penjara kat Melbourne. Tapi penamat untuk Maryam takda pula. Sidekick terbaik sebenarnya.
Babak dia melawak kat hospital selepas Dian bersalin tu macam tak best la. Tak menjadi dan tak terasa pun. Hanya sekadar nak buat prank je. Bahagian sini sebenarnya banyak sangat adegan nak bagi gempak, hakikatnya biasa je.
Sebab dia meleret ni lah, kadang rasa bosan bila Dian duk ungkit kisah lama dan Zarif terus minta maaf. Itulah yang diulang-ulang banyak kali even selepas semua dah happy pun untuk episod-episod akhir ni. Pun masih ada lagi ungkit. Zarif kena minta maaf lagi.
Tapi secara overall, cerita enjoy la tengok. Cuma dia meleret sangat. Lakonan Emma Maembong power la. Mimik muka bendul, happy, gembiran dan sedih semua jadi. Cuma nyampah, sebab wujud ek orang bendul macam ni. Nasz Sally pun padu, walaupun jadi side kick je. Sebenarnya teringat dengan Norreen Iman, jadi pembantu kepada watak utama, tapi jadi teruk.
Untuk aku, sebenarnya Shaheizy Sam kurang padu la di bawa watak garang dan sedih dalam cerita ni. Kalau markah 100, mungkin dia 80% je. Teringat kalau Shukri Yahaya bawa ni, memang lagi syahdu dan boleh sempurna. Mungkin sebab ada adegan sentuhan tu kot. Entah la.
Tapi itulah jalan cerita yang kita tengok sebelum ini. Mula-mula perempuan suka, laki tak suka. Kemudian laki suka, perempuan pula tak suka. Benda ini akan berulang-ulang sampai episod terakhir. Sama juga dalam cerita ini. Apa-apapun tahniah kepada semua yang terlibat dalam drama Takdir Itu milik Aku.
Apa-apapun Rindu Awak Separuh Nyawa lagi best. That's all. Thank you
Post a Comment for "(Review) Tonton Episod Akhir Drama Takdir Itu Milik Aku"
Post a Comment