Siaran Langsung Selangor vs Kedah Liga Super 2024 (Live Streaming)

Siaran Langsung Selangor vs Kedah Liga Super 2024 (Live Streaming)

Antara perlawanan tumpuan pada minggu ini pastinya pertemuan antara dua pasukan gergasi Selangor vs Kedah Darul Aman dimana ianya akan berlangsung pada 18 Mei 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Umum pasti tahu bagaimana keadaan pasukan Selangor sebelum kancah liga bermula sebelum ini. Telah terjadi satu insiden yang membabitkan pemain mereka. Disebabkan itu, fakto keselamatan kini sangat diambil berat.

Dengan peristiwa hitam itu juga, Selangor terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri dalam saingan Piala Sumbangsih disebabkan pihak MFL tidak melayan permintaan mereka supaya perlawanan tersebut ditunda ke hari yang lain.

Kini mereka kembali turun ke stadium untuk menghadapi perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Super musim terbaru 2024/2025. Kali ini juga, mereka akan bermain dihalaman sendiri bersama-sama penyokong dan peminat pasukan gergasi mereka kuning tersebut.

Difahamkan tiket perlawanan antara Selangor vs Kedah ini telah pun sold out bagi tiket home. Pastinya perlawanan ini akan dipenuhi dengan gelombang mereka. Mereka datang beramai-ramai untuk berikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

Tetapi Kedah pastinya tidak mahu terlepas untuk berikan kejutan di tempat lawan. Mereka juga kini mahukan mencari mata tambahan untuk bayar kembali potongan 3 mata yang diperoleh pada awal musim sebelum ini.

Siaran Langsung Selangor vs Kedah - Live Streaming

Bagi yang tidak sempat untuk dapatkan tiket masuk tersebut, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini dirumah sahaja dimana ianya turut akan disiarkan secara langsung menerusi Arena Bola 803. Selain itu, perlawanan ini turut akan disiarkan dalam format 4K UHD di Astro Supersport, saluran 805.

Untuk yang tidak berkesempatan menonton di Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platform Sooka. Hanya perlu langgan pas Sukan dengan harga RM26.90 sebulan dan menonton di laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

Ini merupakan perlawanan antara Selangor vs Kedah Darul Aman yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh perlawanan.

18 Mei 2024 (Sabtu)

FT : Selangor (1) - (0) Kedah

  • Aliff Haiqal 85'

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium MBPJ
TV : Arena Bola 803, Astro Supersport UHD 805
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Siaran Langsung Selangor vs Kedah Liga Super 2024 (Live Streaming)"