Siaran Langsung Live Streaming Kyrgyzstan vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Kyrgyzstan vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Perlawanan Harimau Malaya seterusnya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2026 adalah antara Kyrgyzstan vs Malaysia iaitu pada 6 Jun 2024, hari Khamis bertempat di Bishkek, Republik Kyrgyz.

Ini merupakan perlawanan kelima untuk kedua-dua pasukan yang diundi dalam kumpulan D bersama-sama Oman dan Chinese Taipei. Ini juga perlawanan kedua atau pusingan kedua yang mana sebelum ini kedua-duanya telah bertemu.

Pertemuan pertama adalah pada November 2023 yang lalu dan juga perlawanan pembukaan untuk kempen kali ini di Bukit Jalil. Tidak disangka, meskipun berbeza jauh ranking FIFA, tetapi skuad Kim Pan Gon mampu meriah kemenangan 4-3 ke atas pasukan rangkin yang lebih tinggi.

Rentak kemenangan tersebut diteruskan dalam perlawanan seterusnya ketika menentang Chinese Taipei. Meskipun bermain di tempat lawan, Malaysia mampu meraih 3 mata kedua apabila menang 1-0 ketika bermain di Taiwan.

Ternyata rentak tersebut terhenti apabila Malaysia kecundang dalam dua perlawanan terakhir iaitu ketika bertemu Oman sama ada bermain di tempat lawan mahupun beraksi di tempat sendiri. Kedua-duanya tewas dengan jaringan yang sama 2-0.

Kini Malaysia berada di tangga ketiga dalam kumpulan. 3 mata cukup penting bagi meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya, sama ada muncul sebagai juata atau naib juara. Jika berjaya, skuad Harimau Malaya boleh melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 serta layak secara automatik ke Piala Asia 2027.

Misi mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil. Kyrgyzstan kini menduduki tangga ke-100 rangking FIFA berbanding 138 untuk pasukan Malaysia. Bukan itu sahaja, tonggak utama negara juga tidak bersama kali ini termasuk Faisal Halim dan Arif Aiman.

Diharapkan segala percaturan dan strategi ketua jurulatih Kim Pan Gon akan membuahkan hasil, terutamanya kepada pemain-pemain baru yang kini mendapat panggilan untuk bermain bersama skuad bola sepak kebangsaan.

Siaran Langsung Kyrgyzstan vs Malaysia (Live Streaming)

Untuk penyokong di Malaysia, jangan lupa untuk terus berikan sokongan dan doa kejayaan untuk pemain-pemain negara, supaya bawa pulang 3 mata berharga nanti. Kemenangan adalah misi utama dalam perlawanan kali ini.

Untuk nak tahu pasukan negara menang ke tidak, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 atau pengguna Astro pula juga tonton secara online di Astro Go atau live streaming di Sooka.

Bagi yang menonton di rumah, tapi tiada akses Astro, jangan risau, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara live iaitu di saluran RTM di TV Okey serta Sukan RTM. Juga tersedia striming di RTM Klik secara percuma.

Kalau di rumah tiada tv, tiada sambungan internet untuk live stream, jangan risau, anda masih lagi boleh tonton perlawanan ini iaitu menerusi tayangan skrin besar. Terdapat 16 lokasi yang disediakan untuk anda datang dan saksikan beramai-ramai. Masuk adalah percuma.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Kyrgyzstan vs Malaysia untuk perlawanan kelima dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Bishkek, Republik Kyrgyz pada Khamis ini.

6 Jun 2024 (Khamis)

FT : Kyrgyzstan (1) - (1) Malaysia

  • Gulzhigit Alykulov 24' 
  • Valery Kichin 38' (OG) 

Masa : 11.00 malam (waktu Malaysia)
Venue : Stadium Dolen Omurzakov
Tayangan TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sook, RTM Klik

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Siaran Langsung Live Streaming Kyrgyzstan vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia"