Bazar Ramadan Sekitar Kuantan Bagi Tahun 2022

Bazar Ramadan Sekitar Kuantan Bagi Tahun 2018

Bazar Ramadan Sekitar Kuantan Bagi Tahun 2022 | Uniknya Malaysia berbanding negara lain di dunia ketika Ramadan ialah di Malaysia kita punya Bazar Ramadan di mana pelbagai juadah makanan yang boleh kita dapatkan. Hampir di setiap daerah di setiap negeri pasti akan ada bazar Ramadan tidak kira lah kecil ataupun besar. Bazar ini akan mula beroperasi beberapa jam sebelum waktu berbuka, jadi seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa boleh dapatkan pelbagai juadah makanan. Ada nasi, kuih-muih, air minuman, kudap-kudap dan banyak lagi.

Kuantan, Pahang juga tidak ketinggalan dengan bazar Ramadan ini. Pada tahun 2018 ini, pihak Majlis Perbandaran Kuantan telah memberi tahu sebanyak 33 tapak bazar di bawah kelola MPK yang melibatkan hampir 1893 peniaga bagi seluruh daerah Kuantan.

Jadi di sini aku akan kongsikan tapak bazar Ramadan yang anda boleh kunjungi dan dapatkan juadah yang diingini. Ingatlah beli juadah yang anda mahu sahaja dan janganlah ikutkan nafsu semata. Berjimat cermatlah ketika berbelanja.

Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Kuantan

  1. Mahkota Square
  2. Taman PSJ Sg. Karang
  3. Pantai Selamat Indera Mahkota
  4. Bukit Rangin Perdana 2
  5. Depan Pasaraya Alfa Indah Beserah
  6. Nirwana Batu 3
  7. Hentian Gambang
  8. Indera Sempurna
  9. Hadapan Sekolah Vokasional Jln Kg. Padang
  10. Kawasan Balok Makmur
  11. Hadapan Rest Rahmat Indera Mahkota 8
  12. UTC Pahang
  13. Berjaya Permai
  14. Taman Tas
  15. Peramu
  16. Kempadang
  17. Tanjung Api (Depan Gerai Persatuan Nelayan)
  18. Taman Impianku
  19. Kempadang Sejahtera
  20. PASDEC Makmur
  21. Parkir Stadium Darul Makmur
  22. Tapak Pasar Lambak Mahkota Aman
  23. Gambang Damai
  24. Jaya Gading
  25. Pandan Damai
  26. Beserah
  27. Hadapan Tunas Manja Sg Isap
  28. Kompleks Dagangan Indera Mahkota
  29. Balok
  30. Indera Mahkota 14
  31. Perkampungan Sg Isap 2
  32. Tapak Pasar Lambak Inderapura
  33. Parkir Masjid Negeri Masjid Negeri Ahmad 1

6/Post a Comment/Comments

  1. baru beberpa hari puasa, org mmg rmai gila di bazar ramadan..
    timm tahun ni jimat sikit kot, tnggu gaji baru nk usha2 menu kat bazr, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa bulan puasa la sepatutnya bulan berjimat cermat kan.

      Delete
  2. Tiap kali pergi bazar mesti habis tak kurang RM20. Lama-lama makan megi jugak akhir bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. kadang rasa masa puasa lagi banyak berbelanja dri bulan2 biasa. Jadi berbukalah di masjid kan.

      Delete
  3. ray malas betul nak betul nak pegi bazaar. sesak dengen ramai org.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post