Kini Tertubuhnya Kerajaan Baru Bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Kini Tertubuhnya Kerajaan Baru Bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Tahniah rakyat Malaysia! Kini kita mempunyai Perdana Menteri Malaysia yang baru selepas Dato Sri Najib Razak iaitu PM yang ke 7. Selain kegembiraan PM yang baru, Malaysia dihadiahkan lagi oleh kerajaan yang baru yang bukan lagi di pimpin oleh Barisan Nasional (BN) tetapi di tubuhkan oleh persepakatan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH). Jadi dominasi BN daripada awal penubuhan Tanah Melayu dan Malaysia akhirnya tumpas di tangan PH

Pada rabu yang lepas, semua rakyat Malaysia telah pun menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi bagi melalui Pilihanraya Umum yang ke-14. Sejurus selesai proses undian, proses pengiraan undian di buat selepas itu. Jadi secara rasmi pengumuman di buat pada 10 Mei di mana Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

Kini Tertubuhnya Kerajaan Baru Bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Selain berjaya memenangi kerusi-kerusi di Parlimen, Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir berjaya menawan 6 ke 7 Negeri yang sebelum ada menjadi kubu kuat Barisan Nasional. Selain itu juga, PAS juga berjaya mengekalkan Kelantan dan merampas Terengganu daripada BN.

Kini Tertubuhnya Kerajaan Baru Bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Pada tarikh 10 Mei jam 9.30 malam, secara rasminya Malaysia menerima seorang Perdana Menteri baru yang ke 7 iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad. Beliau mengangkat sumpan di depan KDYMM Sultan Muhammad V di Istana Negara. Sekali lagi sejarah di cipta menjadi menjadi Perdana Menteri pertama yang menyandang semula jawatan itu.

Kini Tertubuhnya Kerajaan Baru Bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-7
Bersama antara pimpinan tertinggi di dalam Pakatan Harapan

Blogpost ini semata hanya meluahkan rasa gembira bukanlah ingin mengeluarkan statistik menyeluruh atau menceritakan lebih detail tentang peristiwa yang bersejarah ini. Mungkin perasaan ini juga sama seperti nenek moyang kita apabila mendapat pengisytiharan merdeka pada tahun 1957 sebelum ini. Kenanglah peristiwa 9 Mei 2018 ini sehingga bila-bila dan rasailah perasaan baru dengan tampuk kerajaan yang baru.
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

5 comments for "Kini Tertubuhnya Kerajaan Baru Bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-7"

Comment Author Avatar
Tahniah PH. Rakyat telah memilih. Salam awak n done follow
Comment Author Avatar
Tahniah PH,sekarang kuasa memilih ditangan rakyat
Comment Author Avatar
Mendoakan Malaysia yang lebih baik. 😀
Comment Author Avatar
semoga Malaysia ke arah lebih baik selepas ini.