Tuesday, 29 January 2019

,

Sedap ke Menu Baru KFC Parmesan Truffle Crunch?



Rasanya dekat 1 bulan menu baru daripada KFC ini dilancarkan di Malaysia. KFC Parmesan Truffle Crunch merupakan menu awal tahun yang baru diperkenalkan oleh KFC dengan masa terhad. Jadi jika anda nak rasa kene cari di KFC la. Bila menu ni tamat, aku pun tak tahu.

Sedap ke Menu Baru KFC Parmesan Truffle Crunch

KFC Parmesan Truffle Crunch ni aku perasan beberapa minggu yang lepas yang sudah tentu berlegar-legar di media eloktronik. TV ada, radio ada, facebook, twitter semua apa tah lagi kan. Jadi semalam aku berkesempatan untuk rasa di KFC Petaling Jaya.

Jika sebelum ini menu baru dengan tempoh terhad ini diperkenalkan iaitu Nacho Cheezy, kali ini sekali lagi cheese atau keju digunakan lagi. Tetapi kali ini yang membuatkan ianya istimewa adalah dimana ayam goreng bergabung bersama parmesan dan truffle oil serta hirisan keju parmesan.

Menu yang dipaparkan, anda boleh dapatkan sama ada set 2 atau 3 atau ketul ayam bersama dengan air mountain dew, coslow dan juga mashed potato. Harga yang ditawarkan bermula RM15 untuk set 2 ketul ayam dan RM20 untuk set 3 ketul ayam

Review Ringkas KFC Parmesan Truffle Crunch

Aku order set 2 ketul ayam. Jadi aku dapat 2 ketul ayam spicy yang dituang dengan mintak truffle, 1 air mountain dew, 1 coslow dan juga 1 mashed potato beserta hirisan keju parmesan yang diasingkan. 

Sedap ke Menu Baru KFC Parmesan Truffle Crunch?

Sedap ke Menu Baru KFC Parmesan Truffle Crunch?

Pada awalnya, aku tak suka bau atau aroma minyak truffle yang digunakan. Awal-awal lagi seperti dah potong selera. Tetapi ianya hanya sementara, sebab bila dah start makan jujur bau tu dah takda atau ianya dah sebati aku tak tahu. Walaupun baunya sebegitu, tetapi rasanya sedap. 

Aku terus taburkan hirisan keju ke atas ayam goreng supaya menjadi sebati dan terus makan seperti biasa. Aku tak pasti macam mana terangkan rasa parmesan dan truffle oil ini. Ianya sedap. Bagi keju parmesan ni pula seperti keju biasa mungkin. Jangan risau walaupun aromanya tidak mengasyikkan tetapi rasanya pasti memikat selera anda.

Bagi aku menu KFC Parmesan Truffle Crunch tidaklah terlalu mengecewakan dan juga tidak terlalu memuaskan. Ianya tetapi sedap dan masih mengekalkan identiti ayam goreng. Mungkin dengan harga yang ditetapkan dengan menu yang disediakan, menu baru ni, CUKUPLAH SEKALI JE RASA 

Share:

3 comments:

  1. selalu datang kfc tapi belum berkesempatan nak cuba menu baru ni.. hehehe,, dalam gambar macam menarik.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. dah try sekali and cukuplah sekali. haha! lagi prefer yg gochujang actually daripada yg truffle crunch ni :D

    lenne | blog

    ReplyDelete
  3. xpenah try lagi. selalunya yang limited2 dari KFC ni x minat sangat. tapi yang salted egg tu sedap. hehe..

    ReplyDelete