Kehangatan Final Malaysia FA Cup 2017

FA Cup
sumber disini
Jadi pada hari esok, masa yang ditunggu oleh semua peminat bola sepak amnya dah khusus kepada peminat bola sepak pasukan Kedah dan pasukan Pahang di mana akan berlangsung Final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam. Pada hari esok akan berlangsung pertembungan dengan 2 pasukan yang kini menduduki tanggan ke 2 dan 3 di Liga Super iaitu skuad Tok Gajah dan skuad Helang Merah.

Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh laman facebook Pahang FA berkaitan 2 pasukan yang bertanding. Masing-masing punyai peluang untuk memenangi piala FA pada tahun ini, tetapi jika mengikut prestasi semasa tahun ini, Kedah pernah mengalahkan Pahang di Liga Super. Adakah skuad kendalian Dollah Salleh akan berjaya ataupun skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusof meneruskan rentak kemenangan ke atas Pahang? Kita tunggu nanti.

Perlawanan akhir Piala FA 2017 akan berlangsung pada 20 Mei 2017 di Stadium Shah Alam pada jam 9 PM. Siaran langsung juga disediakan oleh pihak Media Prima di TV3. Aku sebagai penyokong Pahang sejak azali yakin yang Pahang FA akan menjurai Piala FA pada kali ini. Hogoh Pahang Hogoh

Hogoh Pahang Hogoh
Pulun Kedah Pulun

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post