Gearing Up Pertahanan Archer Tower Clash Of Clans | Beberapa hari yang lepas pihak Supercell sekali lagi telah mengemas kini permain atas talian mereka iaitu Clash Of Clans dan kali ini lebih tertumpu kepada builder base daripada home village. Merka telah melepaskan tahap atau level yang baru bagi builder hall iaitu builder hall 6 sekali gus melepaskan askar dan pertahanan yang baru iaitu The Night Witch dan juga The Roaster.
![]() |
Night Witch |
![]() |
The Roaster |
Jika anda nak tahu lebih lanjut berkaitan update terbaru berkenaan builder hall 6 dan perihal lain berkaitan builder base, anda boleh baca sini.
Kali ni aku nak kongsi berkaitan kemas kini pada base utama ataupun home village iaitu melibatkan satu-satunya defence iaitu Archer Tower
Gear up untuk Archer Tower
Jadi baru-baru ini, selain update di builder base, home village juga tidak ketinggalan dan akhirnya special ability untuk Archer Tower iaitu menembak dengan kadar yang lebih pantas dengan merendahkan Archer Tower sekali gus mengecilkan jarak.
Fungsi ini telah pun ada pada Archer Tower pada builder base, jadi pihak Supercell mahu melaksanakan ciri-ciri ini juga pada Archer Tower di man base. Jadi bagaimana nak naik taraf daripada Archer Tower biasa kepada Archer Tower Fast Attack.
Syarat untuk gear up adalah:
- Pastikan Archer Tower di builder base sudah pada tahap ke-6 dan pada home village Archer Tower pada tahap ke-10.
- Pastikan builder di builder base tidak melalukan apa-apa kerja kerana yang akan menaik taraf pertahanan tersebut adalah master builder dan bukannya bangla biasa di home village.
- Harga yang ditetapkan adalah 4 juta gold. Jika anda tekan pada salah 1 Archer Tower akan keluar button icon gear, jadi tekan button tersebut.
Untuk Mortar pula, tiada naik taraf di perkenalkan buat masa ini, setakat ini hanya 'coming soon' yang disediakan oleh pihak supercell. Pertahanan ini juga tidak kurang hebatnya sama seperti multi mortar di builder base. Burst Mode daripada Mortar akan menembak 3 tembakan dari mortar sendiri berbanding 1 tembakan daripada mortar biasa. Jadi bila akan muncul? Kita tunggu~~~
Terima kasih kerana membaca artikel Gearing Up Pertahanan Archer Tower Clash Of Clans. Jika ada sebarang penambahbaikkan boleh la komen di kotak komen dibawah deh.
Percaya tak dulu mama kemaruk main menda ni. Sekarang dah pencen tapi village mama clan member yg mainkan
ReplyDeletehahaha waaahh kagum sebab mamapp antara clasher coc. nice la
DeletePost a Comment