Fadilat Disebalik Surah Al-Kahfi
Latarbelakang Surah Al-Kahfi
Surah Al-Kahri merupakan surah Makkiyah iaitu surah diturunkan di Kota Mekah. Surah ini terkandung dengan 110 ayat. Surah ini menceritakan tentang beberapa golongan pemuda yang tidur di dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain berkisarkan tentang Ashabul Kahfi, terdapat juga beberapa buah cerita yang semuanya mengandungi pelajaran yang amat berguna pada kehidupan manusia.
Fadilat Surah Al-Kahfi
1. Jika membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar daripada fitnah Dajjal. Apa yang kita tahu, makhluk Dajjal ini akan muncul pada akhir zaman dan akan membuat kerosakan pada bumi Allah dan menyebarkan fitnah kepada setiap umat manusia. Nabi Muhammad SAW bersabda:Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Dajjal tidak boleh memudaratkannya - HR Dailami2. Mendapat pengampunan dosa di antara dua jumaat jika membaca surah ini pada hari jumaat.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri Radiyalluhu anhu, Rasullullah bersabda, Dari Ibnu Umar radiyallahu anhuma, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangi kelak pada hari kiamat serta diampuni dosanya antara dua jumaat3. Membaca Surah Al-Kahfi pada jari jumaat juga akan mendapat pancaran cahaya diri
4. Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah Bin Mughaffal disebutkan bahawa rumah atau kediaman yang dibacakan surah ini tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam.
Barangsiapa membaca Surah Al-Kahri pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul 'atiq - HR Al-Hakim
Demikianlah beberapa fadilat disebalik Surah yang agung iaitu Surah Al-Kahfi. Sunnah membaca surah Al-Kahfi bermula selepas maghrib pada hari khamis sehingga sebelum terbenam matahari pada hari jumaat. Jika anda rasa surahnya panjang, anda mungkin boleh baca sedikit pada malam khamis dan sambung seterusnya pada hari jumaat. Terpulang kepada anda. Ingat kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Selamat beramal. Jom baca Al-Kahfi!
sumber:akhlakmuslim.com
1 comment for "Fadilat Disebalik Surah Al-Kahfi"