Hadiah Hari Jadi Daripada Zoo Negara Pada Bulan Disember ini

Hadiah Hari Jadi Daripada Zoo Negara Pada Bulan Disember ini

Sekarang sudah masuk bulan terakhir iaitu bulan Disember. Hujung tahun juga merupakan musim cuti kepada pelajar-pelajar sekolah. Jadi dengan bermulanya musim cuti persekolahan, pasti ramai ibu bapa mahu ingin meluangkan masa yang lebih dengan anak-anak selain berada di rumah.

Bulan Disember juga popular dengan bulan pasangan berkahwin. Mana tidaknya, mesti setiap hujung minggu ada sahaja jemputan daripada kenalan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Aku pun salah sorang la, dari Pahang ke Terengganu nak gi tengok member kahwin.

Hadiah Hari Jadi Daripada Zoo Negara Pada Bulan Disember ini

Tapi bukan ini yang aku ingin ceritakan pada entry kali ni. Seperti headline entry ini, jadi apa pihak Zoo Negara nak bagi kepada Decemberians? Pihak Zoo Negara akan memberi tiket percuma kepada mana-mana pengunjung yang lahir pada pada bulan Disember. Tetapi pengunjung tersebut hanya diberi tiket percuma pada hari lahirnya sahaja. Sebagai contoh, kalau anda lahir pada 12.12, tiket percuma tersebut hanya valid pada 12.12 sahaja. Jadi mana-mana Decemberians jangan lepaskan peluang, lagi-lagi yang berada di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Siapa nak bagi tiket percumakan.


Jadi kalau anda bawa ibu ayah, maka secara automatik anda hanya perlu bayar 2 tiket sahaja untuk masuk ke Zoo Negara. Cara untuk tebus tiket percuma tersebut, anda hanya bawa dan tunjukkan mykid atau mykad di kaunter tiket. Tawaran ini bermula pada 1 Disember sehingga 31 Disember 2017 sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati facebook rasmi Zoo Negara

3/Post a Comment/Comments

  1. Alaa.. birthday dah lepas pula bulan october..

    ReplyDelete
  2. Untungnya sape lahir bulan disember , dapat tiket free CCL ingatkan tiket free ni valid expirednya sebulan .rupa-rupanya satu hari , iaitu hanya hari bufday sahaja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. bukan sebulan. mungkin ada yang tak sempat pergi pun masa birthday dia kan. tapi kira untunglah juga decemberians kan

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post