Tamat Sudah Fantasy Premier League Untuk Musim 2017/2018
Pada 13 Mei yang lepas secara rasminya telah tamat Liga Inggeris atau English Premier League yang berlangsung serentak bagi 10 perlawanan. Bagi musim 2017/2018, Manchester City telah dinobatkan sebagai juara liga sebelum sampai perlawanan terakhir dan kalau tak silap 4 atau 5 perlawanan terakhir mereka. Diikuti dengan Mancheter United, Tottenham Hotspurs dan Livepool bagi tempat ke-2,3 dan 4 masing-masing.
Selain rancaknya EPL di England sana, peminat juga tidak ketinggalan untuk sertai kerancakan liga tersebut dengan menyertai sebuah permainan maya iaitu Fantasy Premier League yang boleh disertai oleh seluruh peminat di seluruh dunia bagi musim 2017/2018. Secara ringkash, FFPL adalah sebuah permainan maya di mana para peserta membina satu pasukan khayalan yang disertai oleh para pemain bola sepak sebenar dan skor mata berdasarkan prestasi statistik sebenar mereka atau sumbangan mereka yang dilihat pada sesuatu perlawanan.
Jadi untuk musim 2017/2018 merupakan tahun ke-3 aku sertai FPL ini. Jadi kat sini aku hanya sekadar memberi sedikit pekongsian pengalaman dan statistik untuk pasukan aku.
Selama 3 tahun ini, aku masih lagi belajar untuk lebih memahami cara bermain dengan memilih pemain yang betul untuk membentuk sebuah pasukan yang mampu memberi point yang tinggi. Jika musim 2015/2016 aku sertai sebab member ramai yang sertai, tetapi untuk tahun seterusnya aku dah mula pilih pemain dengan cadangan yang diberi scout atau aku scout sendiri. Jadi mengikut history, points yang peroleh naik dari tahun ke tahun seperti dalam gambar. Tetapi overall ranking fluctuate iaitu naik, turun dan naik semula.
Points dan overall rank bagi 3 tahun yang aku sertai. |
Untuk tahun 2017/2018 ini juga merupakan satu-satunya musim yang aku lupa untuk menggunakan 1 chips yang 5 chips yang diberi iaitu Bench Boost. Sebenarnya dah akhir-akhir perlawanan aku dah mula sibuk untuk sambung belajar, tapi ada hari aku tak sempat langsung untuk buat petukaran pemain dan juga guna chips diberi.
4 daripada 5 chips yang digunakan bagi musim 2017/2018 |
Musim 2017/2018 aku sedikit keciwa kerana tiada minggu yang aku peroleh points lebih daripada 100. Paling tinggi adalah 90 points dan juga paling rendah 33 points. Musim ini aku perasan aku transfer out player, minggu depan akan perform. Aku letak sub, masa tu juga dia perform. Jadi musim ini agak tidak bernasib baik.
90 points yang paling tinggi untuk team aku untuk 17/19 |
Untuk kedudukan di dalam liga yang aku sertai, aku tak dapat buat perbandingan dengan musim sebelum ini, sebab tiada statistik sebelum ini yang disediakan. Tetapi bagi liga bersama rodong-rodong musim aku ni aku tewas teruk. hahaha makin perform plak aokme. Untuk Cup pula, aku hanya sampai pusingan ke-2 sahaja sama seperti musim lepas seingat aku.
Jadi secara keseluruhan untuk Global Leagues untuk liga Man Utd, Malaysia, dan Overall agak kurang memuaskan. Moga musim seterusnya ada improvement dari segi points dan overall rank. Kalau korang nak tengok every elements on your team, boleh tengok sini.
2 comments for "Tamat Sudah Fantasy Premier League Untuk Musim 2017/2018"