Saturday, 13 October 2018

,

Jawab Soalan Quiz Secara Langsung Di Aplikasi Telefon Pintar Dan Menangi Wang Ringgit

dooit live

Jawab Soalan Quiz Secara Langsung Di Aplikasi Telefon Pintar Dan Menangi Wang Ringgit | Mungkin ada sebahagian rakyat sudah tahu dan mungkin belum yang di mana sekarang ada 2 aplikasi telefon pintar anda yang boleh anda menangi hadiah wang tunai setiap hari (setakat ini saya tahu hanya 2 aplikasi sahaja). Dengan aplikasi ini, anda hanya menjawab soalan-soalan yang diberi secara langsung di aplikasi tersebut dengan jawapan yang betul dan anda berpeluang memenangi wang tunai jika dapat menjawab semua soalan dengan betul.

litlive



Aplikasi telefon bimbit tersebut adalah LitLive dan Dooit Live. 2 aplikasi ini secara am nya merupakan platfom untuk anda memenangi wang tunai dengan menjawab soalan quiz secara langsung dengan waktu yang berbeza. Anda boleh sertainya secara percuma tanpa ada perlu bayaran tersembunyi pun. Anda perlu daftar sahaja. Jadi kalau tak betul pun, anda tak rugi apa-apa pun. Saya pun sudah sertai tetapi tidak pernah menang pun hahaha

litlive


LitLive


Apps Store: LitLive
Playstore: LitLive

Untuk sertai dan menjawab soalan quiz, anda mestilah download aplikasi LitLive ini di pranti iOS atau Android anda di link yang diberi di atas. Untuk aplikasi LitLive, ianya akan bersiaran secara langsung pada jam 9.30 malam pada hari isnin sehingga jumaat. Jadi masa tersebut, anda mestilah buka aplikasi tersebut dan sertai rancangan secara langsung di situ. 


Mereka akan memberi lebih kurang 10 soalan dan setiap soalan akan diberi 3 jawapan pilihan. Jadi anda hanya perlu teka daripada 3 jawapan yang diberi dan berpeluang untuk menang wang tunai yang diberi pada hari tersebut. Soalan yang diberi berbentuk general knowledge, jadi anda perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Setiap soalan hanya diberi masa 10 saat, jika anda salah atau tidak sempat untuk meneka jawapan, anda akan terkeluar daripada rancangan dan hanya menjadi penonton sahaja. 

Bagi hadiah pula, biasanya hadiah yang ditawarkan pada hari tersebut adalah RM1000 dan hampir 5000 peserta yang akan sertai dalam satu-satu masa. Jadi sebagai contoh, jika 100 peserta daripada 5000 peserta tersebut berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul, jadi RM1000 untuk dibahagi sama rata dengan 100 peserta tersebut, jadi seorang peserta akan mendapat RM10. Kalau anda seorang je menang, anda dapat la RM1000 tersebut. Begitulah pembahagian hadiah tersebut. Bagi pertama kali sertai LitLive, anda boleh masukkan Referral Code: koyotitos untuk dapat Extra Life (XF). Jika anda salah jawab 1 soalan, anda boleh boleh gunakan XF ini untuk teruskan permainan quiz ini. Tetapi anda hanya boleh guna sekali sahaja dalam sehari. Anda hanya perlu mengumpul minimum RM100 untuk keluarkan duit terkumpul anda tersebut.


Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook rasmi : https://www.facebook.com/litlivenow/

Dooit Live


Apps Store: Dooit Live
Playstore: Dooit Live

Untuk aplikasi Dooit Live ini juga sama seperti LitLive, ianya juga percuma untuk anda sertai. Anda perlu menjawab lebih kurang 11 soalan dan diberi 3 pilihan jawaban dalam masa 10 saat untuk menjawab dan memenangi wang tunai yang ditawarkan pada hari tersebut. Tetapi bagi Dooit Live, ianya akan bersiaran secara langsung di aplikasi tersebut pada jam 12 tengah hari pada hari isnin sehingga jumaat. Jadi anda mestilah buka aplikasi tersebut sebelum permainan quiz dimulakan, jika tidak anda hanya akan menjadi penonton sahaja.

dooit live

Pembahagian hadiahnya juga sama, kebiasaanya adalah wang tunai RM1000. Jika 10 peserta sahaja yang menang pada hari tersebut, mereka akan dapat RM100 seorang. Di Dooit Live ini juga disediakan talian hayat yang dipanggil sebagai puso. Anda boleh menggunakan puso tersebut sekali sahaja pada setiap hari untuk meneruskan jawab soalan lain jika anda salah (Puso : koyotitos). Anda juga perlu kumpul minimum RM50 untuk keluarkan duit anda tersebut dan masuk ke akaun bank anda. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari website rasmi : http://jomdooit.com/


Kedua-dua aplikasi ini, aku pernah sertai dan kebiasaanya aku sertai untuk Dooit Live. Aku tak pernah lagi rasa wang kemenangan. Kadang-kadang soalannya agak senang, kadang-kadang susah. kalau anda sempat google dalam 10 saat tersebut, anda power la. 
Share:

5 comments:

  1. Wah..siapa yang bertuah tu rezeki dia lah ya Aiman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kadang2 soalan dia susah, jadi ada rezeki teka betul. dapat la hehe

      Delete
  2. yg suka join contest mesti grab punyalah peluang ni

    ReplyDelete
  3. Bila dah menang..duit tu diaorang bagi cmna

    ReplyDelete