Sunday, 16 December 2018

, , ,

Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018

Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018
sumber gambar: astroawani

Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018 | Selepas hampir sebulan lebih Piala AFF Suzuki berlangsung iaitu bermula pada 8 November yang lepas sehingga hari ini 15 Disember dan telah pun melabuh tirai dengan berakhirnya perlawanan ke-2 pusingan akhir yang di adakah di Hanoi, Vietnam.

Sedia maklum yang pasukan pilihan Vietnam yang berkedudukan ke-100 ranking dunia berjaya menundukkan Harimau Malaya dari pasukan Malaysia yang berkedudukan ke-167 dunia. Pasukan Vietnam secara rasminya menjadi juara bagi Piala AFF Suzuki 2018 bagi edisi ke-12 manakalah pasukan Malaysia menjadi naib juara. 

Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018

Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018


Format AFF Suzuki Cup sedikit berlainan dengan cup atau piala-piala lain. Selain cup ini hanya melibatkan pasukan Asia Tenggara ( Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Myanmar, Singapore, Cambodia, Laos, Timor-Leste dan Brunei), piala ini juga melibatkan 2 kali untuk perlawanan akhir iaitu perlawanan sebagai tuan rumah dan juga perlawanan di tempat lawan. Jadi nak jadi juara kene menang agregat.

Pasukan Malaysia dan Vietnam masing-masing memegang takhta kemenangan hanya sekali iaitu pada 2010 untuk Malaysia dan 2008 untuk Vietnam. Jadi selepas selesai perlawanan sebentar tadi, Vietnam memang takhta Piala AFF Suzuki untuk kali ke 2.

Pada edisi ke-12 ini berjaya menemukan 2 pasukan terkuat di pusingan akhir iaitu dari kumpulan yang sama (Vietnam juara kumpulan, Malaysia naib juara). Bagi aku sebagai bangsa final boleh nampak di mana permainan Malaysia pada kali ini begitu berlainan daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Tiada lagi anda nampak long-ball buta yang selalu aplikasikan sebelum ini. Permainan dimainkan dengan tenang berserta short-pass diluahkan di atas padang. Sudah tentu ianya perkembangan positif. Macam pengulas bagi tahu, kredit harus diberikan untuk sekuad Tan Cheng Hoe kali ni untuk semuanya.

Selain cara permainan pemain, peminat juga sudah berubah dengan jayanya. Sudah tentu peminat fanatik yang setia daripada komrad Ultras Malaya juga memainkan peranan yang hebat di luar padang. Gelaran #ekor yang digelar kepada semua penyokong Harimau Malaya yang mengatakan penyokong juga sebahagian daripada pasukan Harimau Malaya itu sendiri. Aku sendiri pun berusaha untuk dapatkan tiket perlawanan akhir di Bukit Jalil sebelum ini tetapi hampa tidak berjaya. Salute juga kepada penyokong yang ber-away day ke Bangkok dan Vietnam sebelum ini.


Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018
Tahniah Vietnam. sumber: NSTP


Perlawanan Akhir Malaysia vs Vietnam

Malaysia berjaya melolos ke pusingan akhir selepas seri 0-0 berdepan Thailang di Kuala Lumpur kemudian meraih keputusan 2-2 di Bangkok. Manakala Vietnam berjaya tumpaskan skuad Filipina 2-1 di Bacolod dan menang sekali lagi 2-1 di Hanoi. 

Bagi pusingan akhir, Malaysia diundi untuk menjadi tuan rumah terlebih dahulu diikuti dengan Vietnam. Pada Selasa, 11 Disember yang lepas, Vietnam berjaya mengikat kedudukan 2-2 di Kuala Lumpur dengan jaringan Shahrul dan Safawi (Malaysia) dan Nguyễn Huy Hùng dan Phạm Đức Huy (Vietnam). Dengan keputusan itu, sudah tentu memberi kelebihan kepada pasukan Vietnam yang memperoleh gol di tempat lawan.

Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018
Pemain Vietnam selepas berjaya menjaringkan gol (sumber: NSTP) 


Jadi untuk pusingan ke 2 di Hanoi, Vietnam tidak tunggu lama untuk menjaringkan gol iaitu di minit ke 5 daripada Nguyễn Anh Đức yang sekali gus telah memadamkan harapan untuk mengondol kejuaraan. Mereka berjaya bertahan sehingga ke tiupan wisel terakhir dengan agreget Malaysia 2-3 Vietnam. Malaysia juga berjaya membuat Vietnam gusar tetapi penjaga gol beraksi cemerlang pada malam tersebut. Belum rezeki lagi.

Walaupun Malaysia hanya berjaya meraih naib juara bagi edisi kali ini, tetapi fenomena yang berjaya disemarakkan sepanjang pertandingan ini sangat luar biasa kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan kaum sekali pun. Semua bersatu hati menyokong Harimau Malaya. 


Tahniah Harimau Malaya, Tahniah Ekor Harimau Malaysia


Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018

Tahniah Harimau Malaya Yang Telah Mengaum Di AFF Suzuki Cup 2018
sumber gambar: NSTP


Share:

3 comments:

  1. Naib juara tu dah hebat..Malaysia kena akur..itulah kemampuan. Adat bertanding mesti ada no 1 dan no 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. belum rezeki lagi untuk Malaysia kali ni.

      Delete
  2. Tahniah juga buat Harimau Malaya!

    ReplyDelete