Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2019 Telah Rasmi Diumumkan - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Saturday, 2 November 2019

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2019 Telah Rasmi Diumumkan

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2019 Telah Rasmi Diumumkan
pemenang anugerah skrin 2019

Pada 1 November 2019 yang lepas, Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) telah berlangsung bagi mengiktiraf kepada penggiat seni tanah air dan mengangkat karya dalam terbitan TV dan filem. ASK2019 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan ditayangkan secara langsung di TV3.

Pada tahun 2019 kali ini, terdapat 30 kategori yang dipertandingkan iaitu merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem dan 9 kategori bukan drama dan teknikal. Daripada keseluruhan tersebut, 7 daripadanya telah pun diumumkan lebih awal manakala 23 kategori lain telah diumumkan pada malam ASK2019 tersebut.

Baca Juga : Tercalon Dalam Malaysia Website Award | Tolong Vote!

Antara drama yang dipertandingkan adalah Neraka Kasih Maisarah, Bebaskan Anak Kita, Titi Kayu, Restu Ayah, Terima Kasih Ibu, Remuk, Samad Tedung dan banyak lagi. Manakala kategori filem pula, antara yang terlibat seperi Paskal, Gol & Gincu Vol 2, One Two Jaga, Polis Evo 2, Hantu Kak Limah, Misteri Delaila, Munafik 2 dan banyak lagi.

Anugerah paling berprestij, Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dan mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem kini sudah sampai ke kemuncaknya. ASK 2019 bakal berlangsung pada 1 November 2019 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pukul 9.00 malam di TV3.


ASK edisi 2019 kali ini bakal mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem dan 9 kategori bukan drama dan teknikal. Manakala 3 kategori baharu akan dipertandingkan di bawah kategori drama iaitu kategori Drama Rantaian Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2019 (ASK2019)


Jadi disini disenaraikan 30 kategori yang telah dipertandingkan pada malam Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) sebelum ini. 7 anugerah yang telah diumumkan adalah :

Reka Bentuk Set Terbaik (ASK 2018),

Montaj Terbaik (Halaqah 2019),

Rancangan Dokumentari Terbaik (Majalah 3, Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke-16).

Rancangan Bual Bicara Terbaik (Feel Good Show, Deepavali),

Laporan Khas Berita Terbaik (Buletin Utama, Aduan Rakyat Kampung Sampah),

Rancangan Hiburan Terbaik (Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0)

Rancangan Anugerah Terbaik (Anugerah Juara Lagu 33)

pemenang anugerah skrin 2019

23 lagi anugerah disampaikan bagi beberapa kategori. Pemenangnya seperti berikut :

Pengarah Terbaik Drama
Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)

Lakon TV Terbaik
Amin Masyur (Di Sisi)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Faizal Hussein (Samad Tedung)

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Nabila Huda

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Ruzaidi Rahman (Di Sisi)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Amyza Aznan (Batik Zakiah)

Drama Komedi Terbaik
Budak Usin

Videografi Drama Terbaik
Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)

Rancangan Majalah Terbaik
Sahabat Backpakers

Rancangan Realiti Terbaik
The Z Power

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)
Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn. Bhd.

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
Fizz Fairuz

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
Zara Zya

Lakon Layar Terbaik
Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)

pemenang anugerah skrin 2019

pemenang anugerah skrin 2019

Pengarah Terbaik Filem
Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Diana Dianelle (Gol & Gincu Vol.2)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Zahiril Adzim

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Siti Saleha

Filem Terbaik
One Two Jaga

Drama Terbaik
Di Sisi  (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)

pemenang anugerah skrin 2019

Kongsikan Artikel Ini

2 comments

  1. xtengok pun tv semalam tapi yg menang memang terbaiklah :)

    ReplyDelete
  2. Kena cari n tonton drama terbaik di youtube.

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done