Doa Neelofa Mendapat Retweet Terbanyak Bagi Tahun 2019

Doa Neelofa Mendapat Retweet Terbanyak Bagi Tahun 2019

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan diganti dengan tirai yang baru iaitu tahun 2020. Pastinya pelbagai perkara menarik yang kita peroleh daripada kebelakangan ini seperti rangkuman pelbagai informasi daripada pelbagai pihak terutamanya melibatkan capaian dan konten daripada Internet.

Sebelum ini sudah ada senarai lagu popular di strim dalam #SpotifyWrapped, #YoutubeRewind, #YearInSearch dan sebagainya. Satu lagi capaian media sosial yang korang boleh senaraikan iaitu melalui Twitter.

Jika dilihat daripada Twitter, ianya mengandungi ciri yang unik iaitu wujudnya Retweet. Ianya sama seperti fungsi Share di Facebook. Jadi setiap Retweet yang diperoleh daripada tweet-tweet tersebut, semua akan dikira. Jadi dengan ini lah, kita boleh keluarkan informasi dengan menyenaraikan 5 Retweet Terbanyak Bagi Tahun 2019 di Malaysia.

Retweet Terbanyak Bagi Tahun 2019 Di Malaysia


#1 - Doa Neelofa


Sebenarnya, ianya bukanlah asal daripada twitter Neelofa sendiri tetapi ianya perkongsian video dariapda pemegang akaun Twitter @maiadnan yang berkongsikan doa Neelofa ketika berada dalam rancangan di Astro. Setakat artikel ini naikkan, ianya sudah cecah 91K Retweet dan 87K Liked.

Tontonan di Twitter lebih 900k views setakat ini

#2 - Jarang Jarang Ada Eskelator Dalam Ofis


Tweet ini juga berkongsikan sebuah video daripada pemilik @whyfarouk dimana beliau merakamkan video rakannya yang bergerak seolah-olah menuruni ke bawah dengan menaiki eskelator. Padahal dalam ofis tu. Mana wujudnya eskelator kan. Video yang telah mendapat 74K Retweet dan 49 Liked itu mendapat komen positif kerana lawaknya ada disana.

#3 - 'Kalau Tak Puasa, Sofia Offer Air'


Tweet ini memaparkan video telatah budak kecil bernama Sofia bersama ibunya di akaun twitter beliau @alyaaoreo. Telatah comel Sofia yang menanyakan ibunya adakah ibunya puasa atau tidak. Setakat artikel ini ditulis, ianya sudah cecah 69K Retweet, 61K Like dan lebih 1.5 Juta views.

#4 - Pembelajaran Menyebut ABC Dengan Sajat


Yang ni aku taknak komen banyak, korang tengok la sendiri hasil perkongsian daripada @izzraifharz yang kini dapat 60K Retweet dan 36K Liked. Sajat ko memang kelakar la hahahaha
Yang 'Y' tu bagi aku kelakor sekali. hahaha

#5 - I Finally Got To Fly W My Abah!


Sebuah lagi kisah inspirasi yang dikongsikan daripada pemilik Twitter @safiaanisa. Beliau berkongsikan detik-detik manis gambar dimana akhirnya beliau dapat bersama-sama terbang bersama ayahnya sebagai pilot sebelum ayahnya bersara. Tweet tersebut mendapat 52K Retweet dan 71K Liked setakat ini.

#6 - Tasmiq Adik Sambil Main PUBG


Sebagai tambahan...

Tweet daripada pemilik @fathyakan berkisahkan adiknya di 'tasmiq' oleh abangnya dengan beberapa ayat al-Quran sambil main PUBG. Video yang mendapat 42K Retweet, 55K Liked tersebut rata-rata mendapat tweet reply yang baik kerana perkongsian tersebut memberi inspirasi. Walaupun baru berusia 16 tahun tetapi sudah lancar dan laju dalam menghafaz al-Quran. 

8/Post a Comment/Comments

  1. yg sajat tu nakal eh diorang sanggup kumpul petikan kata2 sajat 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. doa neelofa tu sha siap buat lock screen :D

    ReplyDelete
  3. Ada twitter tp xaktif sbb mcm xbest je hehe

    ReplyDelete
  4. semua menarik kecuali yg sajat. huhu. pada saya la :P

    ReplyDelete
  5. nampaknya saya memang orang twitter...semua tweets ni saya tahu hahah

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a comment

Recommended