Tengok Seat No. Kapal Terbang, Takut Dapat Seat Tiada Tingkap Pulak

seat no airlines yang tiada tingkap

Untuk pengetahuan korang terutamanya yang mungkin pertama kali naik kapal terbang, di dalam beberapa jenis kapal terbang ada seat no yang mana disitu tidak ada tingkap tau. Jadi kalau korang nak tahu seat no mana yang takda tingkap tu, meh sini aku share cara nak tengok seat korang tu ada tingkap ke tidak.

Buatnya korang pertama kali naik kapal terbang, pergi bercuti ke luar negara, feeling excited all the way from Kuala Lumpur Airport lagi, tiba-tiba sampai sahaja di seat dalam kapal terbang, dapat pula seat tepi TAPI tengok-tengok takda tingkap. Flight pula 5 jam, tak dapat tengok pemandangan daripada jauh kan. Kecewa beb!

seat no airlines yang tiada tingkap

Jadi jika anda berpeluang untuk memilih seat no, hindarkanlah seat no ini supaya percutian anda tidaklah muram seketika kan. Dapatlah tengok pemandangan sepanjang perjalanan membelah awan putih. Jadi jom tengok seat no. mana yang tiada tingkap ni.

Baca Juga Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Seat No. Kapal Terbang Tiada Tingkap


Seat No. ini tidak terlebat untuk semua jenis kapal terbang pun dan bukan semua Airlines terlibat tetapi ianya masih wujud tau. Tidak mustahil selepas ini, korang pula kene seat takda tingkap tu. Apa-apa pun korang boleh semak dulu dengan cara dibawah :


  1. Korang pergi ke laman web www.seatguru.com
  2. Kemudian pilih Airlines dibahagian atas
  3. Disini lah korang boleh pilih Airlines yang korang ingin seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Lion Air, Japan Airlines, Malindo Air dan banyak lagi
  4. Kemudian, pilih jenis Kapal Terbang yang ada pada Airlines tersebut dan klik pada jenis tersebut.
  5. Last sekali, akan dipaparkan kedudukan seat beserta informasi yang lengkap berkaitan kapal terbang tersebut.

Untuk pengetahuan, antara Airlines dan kapal terbangnya yang patut korang elakkan ketika pilih seat adalah seperti berikut :

AirAsia X
A330-300 : 14A and 14K

Malaysia Airlines
B737-800 : 8A, 8F, 9A and 9F

Malindo Air
B737-800 : 8A, 8F, 9A and 9F
B737-900 : 11A, 11F, 21A, 21F, 22A and 22F


AirAsia X (A330-300)


Jika dilihat di dalam gambar, seat 14A dan 14K berwarna merah yang menunjukkan disitu seat tidak baik kerana tiada tingkap disediakan. Seat 51 juga berwarna merah tetapi masih ada tingkap cuma kerusinya tidak boleh diturunkan

seat no airlines yang tiada tingkap


Malaysia Airlines (B737-800)


Ianya sama sahaja indicator yang diberi. Seat 8A, 8F, 9A dan 9F tidak mempunyai tingkap. Hanya plain atau kosong sahaja bahagian itu.

seat no airlines yang tiada tingkap



Malindo Air (B737-800)


Ini gambaran sebenar kapal terbang tersebut, anda boleh lihat, tiada lubang tingkap disitu. Hanya dinding putih sahaja. Korang kene hadap monitor je la sepanjang perjalanan kan.

seat no airlines yang tiada tingkap

Jadi itulah serba sedikit, mungkin kalau korang ada pengalaman di Airlines lain atau pernah dapat seat no tersebut. Korang boleh la share di ruang komen. Jadi ingatlah, kalau dapat pilih seat no nanti masa nak travel jauh, elakkan lah seat no tersebuh keh.

21/Post a Comment/Comments

  1. wah.. tak pernah terfikir pun boleh pilih2 sit yang ada tingkap ke takde tingkap.. selama ni main ambil je seat mana-mana sebab tak pernah lagi dapat seat yang takde tingkap.. tapi bagus entri ni.. boleh buat persediaan fly seterusnya bila ada rezeki.. dah lama tak fly.. ='(

    ReplyDelete
  2. Laaaa ... selama arini naik tak perasanpulak. Hahaha good entri. Nnt senang nak refer

    ReplyDelete
  3. Tak kan pilih kat situ. I mesti mau Aisle seat hahaha...ada claustrophobia. Anyway its great tips for everyone.

    ReplyDelete
  4. tak minat sgt duduk tepi tingkap, pasal susah nak keluar masuk pi tandas..

    ReplyDelete
  5. Tq for the info ... will take note on this seat nomber as i too dont like this kind of seating.

    ReplyDelete
  6. Menarik gak ni . Ya laa kan dah suka2 nak g jln2 tup2 masuk kapal terbang duk kat seat yg takde tingkap. Tak ke hampa namanya tuu. Sedih pulak kalau duk kat situ 5 6 jam tatau nak buat po laaaa huhuhu

    ReplyDelete
  7. This reminds me of Remy Hii’s tweet about no view seat. Hehehe! Thank you for sharing information about this app. I Dah byk kali travel on plane pun x pernah tahu this app. Sbaik x pernah dpt no view seat. Ahax!

    ReplyDelete
  8. I alright seat without window as I scare look outside 😅😅

    ReplyDelete
  9. Baru tahu ada tempat duduk yg tak ada tingkap. Haha. okay lepas ni tau dah nak amik seat yg mana.

    ReplyDelete
  10. Selalu tak berapa kisah sangat sebab travel dekat2 aje. Kalau jauh memang nak duduk tepi tingkap lah. Rege mahal ke sama ek? Hehe.

    ReplyDelete
  11. Belum pernah merasa naik flight lagi hahaha sebab penakut. Tapi mana tahu one day nak travel naik flight boleh rujuk tips kat blog ni. Yelah nak duduk seat mestilah ada tingkap kan boleh tengok pemandangan dekat luar

    ReplyDelete
  12. Saya pernah naik Air Asia, bukan sekadar takde tingkap malah seat pun takde. No Seat kat ticket 43 tapi dalam flight sampai 42 je. Terus gurau dgn flight attandance "Seat kami kat Toilet ke".. hehe.. Tapi Alhamdulillah, kami dapat dipindahkan ke hot seat.

    ReplyDelete
  13. Lama tak naik flight so clueless sikit pasal hot seats ada tingkap tak ada tingkap ni. Dulu masa naik flight ada tingkap .. hahha. Apa pun thanks sharing.nanti nak pergi travel I refer sini balik untuk dapatkan hot seats

    ReplyDelete
  14. Rawlins pernah fly for 8 hours, takde tingkap, kerusi tegak dan takde monitor! Mati kutu! Now with your tips, insyaAllah takkan terjadi dah kisah sebegitu.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya tios yang dikongsikan. Memang bagus sgt..especially utk org yg kena ada atas kapal utk tempoh yang lama

    ReplyDelete
  16. Sebagai seorang yg suka travel, sy okay je kalau xde tingkap. Selalu tido jgk dlm flighf 🤣🤣. Tp kalau nk menikmati keindahan alam, elok la survey ikot website atas ni

    ReplyDelete
  17. Nice tips bro, sebab selalu travel dan selalu je dapat tempat ada tingkap so tak pernah terfikir tau nak cari tips ni. Tapi haritu sekali dapat yg takde tingkap rasa macam hilang feel naik flight. Walaupun kadang2 bukan duduk tepi tingkap dan kadang2 selalu tido je pun, tapi still... feeling dia lari.. mcm duduk hotel takde tingkap... tak tau apa jadi kat luar.. haha

    ReplyDelete
  18. Sis kalau kemana mana memang dlm flight mmg akan choose duduk kat mana. Sis ni memang kena duduk kat tingkap..kalau x nak tido tak lena..hehehe

    ReplyDelete
  19. baru tahu boleh check seat macam ni, selalu book tiket ikut nasib je n selamat sebelum ni semua dapat seat yang ada tingkap.

    ReplyDelete
  20. oo gitu ye.. ok mama dah tau dah skrg

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended