Guna Template Ini Untuk Buat Laporan JPJ Atas Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

Guna Template Ini Untuk Buat Laporan JPJ Atas Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

Kita biasa lihat terutamanya jika keadaan trafik sesak ketika balik kerja, pergi kerja atau perayaan iaitu penggunaan lorong kecemasan. Apa keperluan mereka, orang ramai tengah hadap jammed, mereka senang je guna lorong kecemasan. Ada juga kita pernah lihat terlalu banyak kereta lalu lorong tersebut, sehingga ada ambulans tersekat untuk menghantar mangsa ke hospital. Dah jadi masalah.

Ini antara kesalaha trafik yang biasa kita lihat. Jadi kalau berlaku, mungkin ada antara kita tidak puas hati, lontarkan kata-kata kesat atau sehingga boleh mengundang berlakunya road-bully atas ketidak puas hati terhadap perilaku salah tersebut.


Tetapi sebenarnya ada saluran yang betul untuk korang lakukan jika berhadapan dengan situasi pengguna jalan raya melakukan kesalahan trafik seperti salah guna lorong kecemasan ini. Tidak perlu kutuk-kutuk, buat tambah dosa je. Pihak JPJ telah memberitahu tatacara untuk korang buat laporan kepada mereka.

Baca Juga : Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Pengguna twitter @rajaie sebelum ini ada kongsikan bagaimana beliau membuat laporan ke pihak JPJ atas salah laku potong barisan di traffic light dengan menggunakan emel sahaja. Jadi kalau korang nak buat laporan selepas ini, boleh guna emel ni sahaja.

Guna Template Emel Ini Untuk Buat Laporan Kepada JPJ Atas Kesalahan Traffik


Guna Template Ini Untuk Buat Laporan JPJ Atas Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

Secara asasnya jika korang nak buat laporan kepada JPJ, korang kene ada tarikh, masa, tempat kejadian, jenis kenderaan, no plat kereta dan gambar kereta itu sendiri dan hantar kepada aduantrafik@jpj.gov.my. Jangan lupa sertakan butiran diri juga tau. Antara kesalahan yang boleh dilaporkan adalah :
  • Menyalahgunakan lorong kecemasan
  • Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memotong barisan

Tapi ianya juga perlu laporan ringkas aduan. Jadi korang kene la karang emel sikit. Tak perlu risau, korang boleh guna emel yang dikongsikan ini dibawah. Korang hanya perlu tukar maklumat yang perlu sahaja.


Contoh Emel Aduan Kesalahan Trafik (Korang boleh Copy sahaja)


Guna Template Ini Untuk Buat Laporan JPJ Atas Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan
(EMEL)

Kejadian lebih kurang jam 0815hrs, Jumaat 25 Januari 2019, di simpang empat Kesas dan persiaran Kuala Selangor. Sebuah motokar jenis Honda City no pendaftaran W3214Y telah menyalahgunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan di lampu isyarat. Tujuan aduan untuk menerapkan etika pemanduan berhemah. 

Diharap aduan ini akan diambil tindakan. Sekian Terima Kasih

Selepas buat laporan ringkas, anda perlu :
  1. Sertakan gambar kenderaan tersebut sebagai bukti
  2. Hantar emel tersebut ke aduantrafik@jpj.gov.my

Selepas itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan untuk memberi keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan.

Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Biarlah mereka disamana, baru ada akal sikit kan. Hindarilah kejadian buruk yang mungkin berlaku jika kita mengambil tindakan sendiri. Harap perkongsian ini bermanfaat.

2/Post a Comment/Comments

  1. wah kena selalu berhati2 ni, dah ada cara laporan yang mudah tuk kesalahan lalu lintas, langgar peraturan, kang datang surat saman . hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post