Contoh Soalan Interview Bagi Program Safety & Health (PPSH) Di Pahang Skills
Rupanya ramai juga yang contact aku bertanyakan "soalan interviewnanti dia tanya apa je?" Persiapan apa yang perlu dilakukan sebelum pergi interview? Susah ke interview untuk masuk program PPSH di Pahang Skills tu? Jadi disini aku kongsi sedikitlah pengalaman yang tidak seberapa pada sesi interview tersebut.
Program Safety & Health (PPSH) terutamanya di Pahang Skills ini diadakan setiap tahun dengan beberapa sesi yang disediakan. Tujuan program ini adalah bertujuan memberi added value kepada graduan khususnya lepasan Diploma bagi bersaing bersama graduan lain untuk mencari pekerjaan.
Program ini diadakan selama 4 bulan di Pahang Skill Development Centre, (Pahang Skills), Semambu Kuantan. Jadi selama 4 bulan itu, kesemua aktiviti akan diadakan di sana. Kalau korang nak tahu aktiviti dan apa yang dipelajari selama 4 bulan itu, korang boleh baca perkongsian pengalaman aku dalam program PPSH di Pahang Skills disini.
Lebih fokus kepada soalan sesi interview dan selepasnya sahaja
Kalau tak silap, pengambilan terbaru bagi tahun 2020 akan dibuat pada Mac dan sesi temuduga dibuat pada 27 Februari 2020. Anda boleh lihat info ini di facebook vendor iaitu Petro Safety disini. Nanti kalau dieorang tanya, dapat tahu daripada mana, bagi tahu menerusi blog aimanabdullah tau.
Jadi disebabkan inilah, ramai yang contact aku menerusi Telegram tanyakan berkaitan program Plant Safety & Health (PPSH) di Pahang Skilss beserta soalan interview. Seperti diberitahu tadi, nak tahu cerita lebih tentang program ini, boleh baca perkongsian pengalaman aku dahulu then baru tanya.
Jadi disebabkan inilah, ramai yang contact aku menerusi Telegram tanyakan berkaitan program Plant Safety & Health (PPSH) di Pahang Skilss beserta soalan interview. Seperti diberitahu tadi, nak tahu cerita lebih tentang program ini, boleh baca perkongsian pengalaman aku dahulu then baru tanya.
Pada sesi aku iaitu pada tahun 2018 yang lepas, aku pun cuba untuk cari info berkaitan PPSH ini di google tapi hampa. Mungkin tak ramai lagi yang kongsikan pengalaman disana. Jadi aku berbaik hati, selepas program tersebut, aku kongsikan pengalaman sendiri supaya pelajar-pelajar selepas ini dapat gambaran awal berkaitan program ini. Ya! ianya program yang sangat baik dan bermanfaat.
Sesi Interview
Sebelum sesi interview bermula pada jam 9 pagi, peserta akan dikumpulkan di sebuah auditorium untuk mendengar taklimat ringkas daripada wakil Pahang Skills dan vendor (tenaga pengajar anda selama berada dalam program PPSH). Taklimat yang diberi lebih kurang 15-20 minit. Kemudian, anda perlu isi borang maklumat yang diperlukan.
Selepas taklimat tersebut, anda akan diberi kumpulan untuk melalui sesi temuduga. Bergantung kepada jumlah peserta yang hadir. Jika terlalu ramai, maka ahli kumpulan akan ramai bagi satu-satu interview. Contoh, masa aku dahulu, satu kumpulan 4 orang. Jadi kami berempat akan melalui sesi interview serentak bersama panel interview.
Secara rangkuman, panel interview seramai 2 orang iaitu seorang vendor dan juga seorang staf Pahang Skills. Soalan yang ditanya pula sama sahaja kepada kesemua peserta terutamanya bagi kumpulan aku la. Untuk kumpulan lain, aku tak pasti.
Antara soalan yang ditanya adalah :
Antara soalan yang ditanya adalah :
- Tell me about yourself
- Kenapa anda ingin sertai program PPSH ini
- Apa yang anda ingin capai selepas tamat program ini
- Dari mana anda tahu tentang program ini
- Study Case
#1. Tell Me About Yourself
Pada bahagian ini, terang sahaja tentang latarbelakang anda, nama, umur, asal mana, belajar di mana sebelum ini, belajar kos apa dan sebagainya. Make it short and simple supaya mereka tahu dan faham walaupun mereka tahu berdasarkan borang yang diisi sebelum itu.
#2. Kenapa Ingin Sertai Program PPSH
Soalan ini biasanya bersambung dengan soalan #1 tersebut. Kenapa ingin sertai program ini. Anda boleh fikir jawapan yang releven. Ini kerana dalam soalan ini tiada salah dan tiada betul. Bagi tahu je, nak tambah skills supaya lebih senang nak kerja atau nak cabar diri tukar angin ingin sertai bidang Safety pula dan sebagainya
#3. Apa Yang Anda Ingin Capai Selepas Habis Program
Ini lebih kepada apa yang korang nak kerja selepas habis program ini. Dah belajar safety mestilah nak kerja dalam bidang safety seperti safety supervisor atau safety officer kan. Bagi tahu je nak kerja bahagian perkapalan ke, site atau kilang. Bagi nampak besar sikit cita-cita.
#4. Dari Mana Tahu Tentang Program Ini
Soalan ini mungkin sekadar ingin tahu tahap sebaran marketing daripada pihak mereka. Jadi di tanya, bagi tahu la dapat tahu daripada facebook pahang skills ke atau menerusi blog aku ni. Dapat bonus point kepada aku juga. hehe
#5. Study Case
Ini soalan terkahir dan situasinya berbeza mengikut latar belakang anda. Sebagai contoh, aku dulu belajar lebih kepada dalam makmal. Jadi panel tanyakan apa yang perlu diberi perhatian berkaitan safety jika berada di dalam makmal? Apa yang perlu dibuat kalau ada kebocoran di dalam maklma? Macam mana nak selamatkan diri kalau berlaku di dalam maklmat dan sebagainya.
Disini, korang kene ada sedikit ilmu safety dan health tu la. Info simple-simple je aku rasa boleh je nak jawab. Ikut logik tetapi tidak melalut pun dah cukup. Bagi mereka berpuas hati dengan jawapan kita. Bagi bunga-bungan sikit la.
TIPS PENTING
Anda bebas untuk menjawab soalan daripada panel dalam bahasa Melayu atau Inggeris tetapi mereka akan beri bonus point for those who answer ini english. Try speaking ya guys!
Jadi kepada korang yang akan melalui interview nanti, cubalah sebaik mungkin. Kalau ada rezeki sebenarnya, semua boleh lepas. Tapi tengok atas kekosongan yang ditawarkan juga la keh. All the best and good luck guys!
Post a Comment for "Contoh Soalan Interview Bagi Program Safety & Health (PPSH) Di Pahang Skills"
Post a Comment