Cara Solat Taubat Dan Doa Taubat (Panduan Lengkap)

Solat Sunat Taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.

Cara Solat Taubat Dan Doa Taubat (Panduan Lengkap)

Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan khilaf dan dosa. Sebaik-baik orang yang berbuat salah atau pendosa adalah mereka yang bertaubat kepada Allah. Ikuti cara solat taubat dan doa taubat yang dikongsikan oleh Cikgu Dah

Baca Juga : Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Syarat-Syarat Taubat

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

Antara syarat taubat adalah :
  • Betul-betul menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang telah dilakukan
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi

Sekiranya dosa tersebut dilakukan terhadap manusia yang lain, sebaiknya memulangkan barang tersebut jika mencuri atau memberi tahunya jika melakukan apa-apa kesalah seperti mengumpat, memukul dan sebagainya. alert-info

Waktu Sesuai Solat Taubat

Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa. Walaupunbagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu qiamulillai.


Cara Lakukan Solat Sunat Tubat

Cara Lakukan Solat Sunat Tubat

#1. Jumlah Rakaat

Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci. Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak 2, 4 dan 6 rakaat. Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain

#2. Lafaz Niat Solat Sunat Taubat

Lafaf niat solat sunat taubat adalah seperti berikut :

Niat Solat Sunat Taubat

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

#3. Surah Yang Boleh Di Baca

Rakaat Pertama

Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti oleh surah Al-Ikhlas atau surah lain yang
dikehendaki.

Rakaat Kedua

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah An-Nas atau surah lain yang dikehendaki.


Bacaan Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud akhir sebelum tahiyat akhir, ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali :

Bacaan Dalam Sujud Akhir

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

Bacaan Selepas Memberi Salam

Sesudah salam, perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah (sambil menyesali dosa-dosa yang dilakukan). Maka ucapkanlah istigfar berulang kali :

Bacaan Selepas Memberi Salam

Maksudnya : Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya dan aku memohon  keampunan daripadaNya.

Amalan ini sesuai dengan firman Allah melalui surah Aali Imraan : 135

"Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui."

Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz "Astaghfirullah", ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.

Doa Taubat

Doa Taubat

Akhir sekali adalah berdoa. Berdoalah mengikut luahan hari mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus seperti dibawah ini untuk memohon keampunan Allah.

doa khusus solat sunat taubat

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar dariapda sisiMu. Sesungguhnya Enkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Selepas selesai berdoa, maka lakukan sujud dengan membaca penghulu istighfar:

penghulu istighfar

Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah  menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang  mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

Penutup

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin. Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat.

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Recommended