Mask Daripada Kerajaan Dah Sampai

Kalau ikut perkiraan, selepas 3-4 minggu topeng muka atau mask daripada Kerajaan akhirnya sampai dah. Boleh la pakai lepas ni kalau nak keluar.

Mask Daripada Kerajaan Dah Sampai

Sebelum ini, pada 26 Mac 2020 yang lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob ada mengumumkan dimana setiap isi rumah akan menerima topeng hidung dan mulut yang boleh digunakan jika anda keluar rumah.

Pemberiaan ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga orang ramai bagi membendung dan memutuskan rantaian COVID-19 yang sedang melanda di seluruh negari di Malaysia.

Mask Daripada Kerajaan Dah Sampai

Menurut KKM, bukanlah suatu kewajipan untuk memakai mask atau topeng muka ketika berada di luar kecuali anda mengalami gejala seperti demam dan batuk dan kena pakai. Tetapi sedikit sebanyak bantuan ini pastinya diperlukan oleh orang ramai jika perlu digunakan kelak.

Baca Juga : Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020

Kerajaan mengumumkan bantuan topeng muka ini diberi sebanyak 4 keping bagi setiap rumah secara percuma. Jadi sepatutnya, setiap rumah akan menerima topeng muka percuma daripada pihak Kerajaan.


Sehingga kini, dilaporkan sebanyak 24.8 juta topeng hidung dan mulut ini telah di edarkan di seluruh Malaysia yang mana merangkumi 88% penerima keseluruhannya. Kemungkinan penerima Sabah dan Sarawak akan menerimanya sedikit lambat disebabkan permasalahan logistik.


Face Mask Dan Sampai Di Temerloh

Selepas pengumuman pada 26 Mac yang lepas, selepas 3 minggu, akhirnya topeng muka percuma ini sampai ke rumah aku di kawasan Temerloh. Cara pemberian seperti diumumkan sebelum ini adalah melalui Rela atau petugas yang dikhaskan bagi penghantaran ini. Penghantaran bukanlah menerusi pos laju atau seumpamanya. Dalam kes ini, aku tak tahu siapa hantar.

Mask Daripada Kerajaan Dah Sampai

Jenis mask yang diberikan rasanya agak baik dan berkualiti. Walaupun jumlah yang diberi tidaklah banyak, tetapi sedikit sebanyak membantu mereka yang tidak mampu dan sangat memerlukan topeng muka ketika ini. Terima kasih atas pemberian!

Mask Daripada Kerajaan Dah Sampai

Jika anda ingin beli mask tambahan, mungkin anda boleh beli secara online je. Pastinya lebih mudah dan tak perlu untuk keluar rumah pun. Boleh dapatkan topeng muka di pautan Shopee atau Lazada.

6/Post a Comment/Comments

  1. waa.. bestnyaa.. nak cari mask skrg mmg susah.. hari tu punya susah nak cari sanitizer.. skrg sanitizer berlambak pula..

    ReplyDelete
  2. Ada anak hantar, alhamdulillah saya semakin selesa pakai, jika tak pakai tak selesa sebab semua orang pakai dah masa sekarang..

    ReplyDelete
  3. Akak pun dah dapat minggu lepas... belum gunakan lagi sebab mask yg beli pun ada lagi

    ReplyDelete
  4. Sy pn dh smpai kelmarin..tak banyak tp boleh la..trima kasih kerajaan

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki. temerloh dah sampai eh. Bera tak pasti dah sampai ke belum

    ReplyDelete
  6. saya tak dapat pun..huhuh

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post