Sempat Singgah Di Lepak Luu Cafe, Kuantan Untuk Makan Malam
Ini kali kedua saya singgah di Lepak Luu Cafe, Kuantan untuk nikmati juadah makan malam. Antara pot makan terbaik untuk tahun 2020 ini yang ada di Kuantan yang kena anda cuba.
Di Kuantan terdapat banyak pot lepak atau tempat makan menarik yang anda boleh singgah kalau berada di sana. Anda perlu tahu, Kuantan adalah bandar terbesar di Pahang yang juga merupakan ibu negeri Pahang, jadinya pasti banyak tempat tarikan yang menarik disediakan terutamanya bagi destinasi makanan.
Antara yang terbaru kini ada di Kuantan adalah Lepak Luu Cafe yang dibuka pada penghujung 2019 yang lepas. Pot makan terbaru ini antara tarikan terbaru untuk anda makan bersama kawan-kawan atau bersama keluarga.
BACA : Taknak Ikan Patin Dah? Jangan Risau Ada Lebih 20+ Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh
Lokasi Cafe ini adalah Jalan Beserah berhampiran dengan simpang 4 bandar Kuantan. Tapi disini, kurang sikit adalah kawasan parking yang agak terhad. Takut pick hour tak jumpa parking pula.
Lepak Luu Cafe, Pot Makan Terbaru Di Kuantan
Kita biasa lihat banyak tempat makan menarik tetapi tidak semua mesra pelanggan kerana sikap pelanggan lain dan juga keadaan kedai itu sendiri. Kedai yang tertutup, kemudian ditambah dengan sikap pelanggan yang merokok. Ini pastinya keadaan yang tidak sesuai untuk keluarga.
Tetapi berbeza di Lepak Luu Cafe, saya boleh katanya, tempat yang sesuai dengan kehadiran keluarga kerana tempat makan terbuka dan luas dan pastinya tidak dibenarkan merokok di premis.
Lepak Luu Cafe menggunakan konsep ala food court. Ini kerana anda boleh dapatkan banyak pilihan makanan yang disediakan. Antara kedai makan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Claypot
- Satay Keluarga
- Char Kuey Teow Dapur Berapi
- Burger and Nanchos
- Warong Mok Mung
- Maggi Ketam
- Suri's Pizza
- D'King
- Derishahs Yong Tau Foo dan banyakkkk lagi
Daripada makanan ringan-ringan hinggalah makanan berat. Jadi baru-baru ini saya sempat untuk rasa makanan Nasi Ayam Hitam bersama-sama sambal gesek. Menunya adalah nasi putih bersama dengan ayam masak kicap bersama sambal gesek dengan harga RM7. Untuk menu ni, saya boleh bagi 7/10. Jadi korang boleh cuba.
Selain itu juga ada rasa Chicken Chop dan Char Kuey Teow. Ada rasa, tapi bukanlah yang terbaik. Nak rasa pencuci mulut seperti aiskrim, ABC dan banyak lagi.
Jadi kalau anda mahukan pilihan makanan yang bermacam disamping dengan tempat yang luas dan selesa, anda boleh datang Lepak Luu Cafe.
4 comments for "Sempat Singgah Di Lepak Luu Cafe, Kuantan Untuk Makan Malam"