Tiket Percuma Cable Car Awana Skyway Khusus Untuk Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

Tiket Percuma Cable Car Awana Skyway Khusus Untuk Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

Berita baik khusus kepada rakyat Pahang. Anda boleh dapatkan tiket percuma untuk naik cable car Awana Skyway di Genting Highland bermula 27 Mac 2021 (Sabtu).

Antara tarika menarik yang ada di Genting Highland ada kereta kabel atau cable yang dipanggil Awana SkyWay. Ini bermakna, anda boleh naik ke puncak Genting Highland tanpa membawa kereta dalam 10 minit sahaja.

Pergerakan Awana SkyWay bermula daripada Awana Station yang terletak di Genting Highland Premium Outlets dan terus ke puncak di SkyAvenue Station. Dengan tiket yang sama, anda boleh berhenti di Chin Swee Station untuk teroka dan nikmati pemandangan cantik bersama Gua Tokong Chin Swee tanpa sebarang caj tambahan.

Tiket Percuma Cable Car Awana Skyway Khusus Untuk Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

Sepanjang perjalanan, anda boleh nikmati pemandangan indah alam semula jadi dari tempat tinggi yang pastinya tiada di tempat lain.

Tiket Percuma Awana SkyWay Untuk Rakyat Pahang

Kini sudah dibenarkan rentas daerah dan bagi menggalakkan lagi aktiviti pelancongan, Resort World Genting Highland menawarkan tiket percuma atau naik percuma untuk Awana SkyWay khusus bagi rakyat Pahang iaitu bermula 27 Mac 2021 hingga 4 April 2021.

Tiket Percuma Cable Car Awana Skyway Khusus Untuk Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

Tawaran ini melibatkan tiket pergi balik (return) dan hanya terhad untuk 200 terawal sahaja setiap hari. Anda hanya dibenarkan tebus tiket sekali sahaja iaitu dikaunter dengan membawa kad pengenalan sebagai bukti (IC 06 sahaja). Waktu beroperasi bermula 9 pagi hingga 9 malam.

Dalam masa yang sama, kini mereka juga telah menawarkan harga tiket pergi balik (return) serendah RM9 sahaja bagi Standard Gondola. Harga asal adalah RM16. Anda sudah jimat 44%. Bagi pembelian tiket ini, anda boleh beli di website Genting sendiri atau Klook secara online.

Tiket Percuma Cable Car Awana Skyway Khusus Untuk Rakyat Pahang Bermula 27 Mac Ini

Nampaknya aku sebagai pemegang nombor kad pengenalan 06 layak untuk terima promosi ini. Last aku naik Gondola ni bulan Oktober 2020 yang lepas iaitu selepas PKP 1.0 tamat.

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke website Resort World Genting di sini www.rwgenting.com/awanaskyway/

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post