Saksikan Siaran Langsung Paralimpik Tokyo 2020 (Upacara Pembukaan)

Saksikan Siaran Langsung Paralimpik Tokyo 2020 (Upacara Pembukaan)

Paralimpik Tokyo 2020 akan membuka tirai pada 24 Ogos 2021 dengan upacara pembukaan yang akan diadakan sama seperti temasya Olimpik tanpa kehadiran penonton.

Edisi kali ini akan melibatkan lebih 4,400 atlet para yang melibatkan lebih 160 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia.

BACA : Jadual Penuh Atlet Malaysia Di Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Untuk acara pula, Paralimpik Tokyo 2020 mempertandingkan 22 jenis sukan dengan 539 acara bagi merebut sehingga 5,000 pingat emas, perak dan gangsa.

Berbeza dengan acara Olimpik sebelum ini, tiada penyiar tv tempatan sama ada Astro atau RTM akan membawakan siaran secara langsung bagi acara Paralimpik Tokyo 2020.

Walaubagaimanapun, anda boleh ikuti sorotan harian daripada siaran Astro Arena HD (CH 801) setiap hari jam 11.00 malam atau menerusi perkongsian media sosial di RTM.

Siaran Langsung Upacara Pembukaan Paralimpik Tokyo 2020

Walaupun tiada tayangan bagi acara sukan, Astro akan membawakan Upacara Pembukaan menerusi siaran Astro Arena HD (CH 801) dengan ulasan Bahasa Melayu dan Astro Superstar (CH 813)

Siaran langsung akan disiarkan secara live pada hari Selasa, 24 Ogos 2021 bermula pukul 6.50 petang di saluran berikut termasuk Astro Go

Selain itu boleh juga tonton secara striming di Youtube Paralympic Games

kontinjen malaysia paralimpik tokyo 2020

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post