Status MySejahtera Bertukar Casual Contact (Warna Kuning). Apa Nak Buat?

apa perlu buat mysejahtera tukar casual contact warna kuning

Aku tak tahu secara tiba-tiba aku dapat mesej daripada MySejahtera yang memaklumkan aku dikelaskan sebagai Casual Contact yang juga sekali gus tukar warna Kuning daripada biru.

Inilah yang aku baca-baca di twitter katanya sudah ramai yang status MySejahtera mereka bertukar kepada 'Kontak Kasual' disebabkan kes harian yang begitu tinggi sehingga 27k pernah dicatatkan. Tengok-tengok beberapa hari lepas tu aku pula kena.

Warna Kuning ini menunjukkan aku dikelaskan sebagai 'Kontak Kasual Tidak Bergejala' dimana anda mungkin pernah 'check-in' di kedai yang sama dengan mereka yang disahkan positif Covid-19. Selain itu, mungkin juga, anda berada berdekatan dengan pesakit Covid-19 ketika itu yang dikesan melalui MySJ Trace.

Sudah pastinya anda bukan ' Kes Yang Disahkan' kerana ia sepatutnya berwarna merah. Tapi adakah ianya juga sama seperti 'Kontak Rapat' iaitu warna oren?

Sebenarnya bukan, kontak kasual ini bukan kontak rapat ianya dimana seolah-olah anda tidak pernah berinteraksi pun dengan pesakit Covid-19 tetapi hanya berada berdekatan dengan waktu yang sekejab sahaja.

Walaupun begitu, pihak KKM juga khuatir akan keadaan ini dan disebabkan itulah anda diletakkan dalam Casual Contact. Oleh itu, anda perlu buat beberapa perkara bagi ketahui keadaan kesihatan anda dalam tempoh beberapa hari.

Apa Perlu Buat Ketika Status MySejahtera Bertukar Kepada Casual Contact?

Jadi disini aku nak kongsikan pengalaman sendiri apabila aku disahkan menjadi Casual Contact melalui aplikasi MySejahtera. 

Yang mana aku rasa, aku dapat disebabkan pernah check-in di premis yang sama orang yang kena Covid-19 tersebut. Sebab masa aku terima SMS, takda orang pun sekeliling aku which is bukan melalui MySJ Trace.

Dapat daripada premis mana, korang takkan tahu. Sepatutnya bagi tahu la KKM ni pun.

Anda akan terima SMS dahulu dan kemudian baru notifikasi daripada MySejahtera.

sms kontak kasual

Jadi anda perlu buka aplikasi MySejahtera dan pergi pada bahagian 'Home'. Disitulah anda akan menerima arahan seterusnya apa yang perlu dibuat sepanjang tempoh yang ditetapkan tersebut.

Mengikut apa yang diberitahu,

'Status ini akan kekal untuk 10 hari dan anda tidak perlu menjalani kaurantin. Anda dibenarkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti bekerja. And tidak perlu menjalani ujian swab Covid-19 pada masa ini tetapi diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

apa perlu buat mysejahtera tukar casual contact warna kuning

Oleh itu,

'Anda dinasihati supaya membuat penilaian kendiri harian di ruangan 'Perlu dilakukan'. Jika bergejalan, sila rujuk kepada fasiliti kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan'

apa perlu buat mysejahtera tukar casual contact warna kuning

Jadi aku bebas untuk pergi kemana-mana selagi mana patuhi SOP biasa yang diwajibkan. Tak perlu kuarantin! Aku hanya perlu jawab soalan sahaja setiap hari untuk maklumkan kepada pihak KKM. Tapi kalau nak buat test RTK guna Kit Ujian Kendiri tu boleh je. Terpulang.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut aku tidak bergejala langsung dan daripada tempoh 10 hari tersebut. Hanya selepas 3 kali jawab soalan yang diberikan itu, status MySejahtera aku bertukar Biru kembali (Risiko Rendah). Hari keempat dah setel.

Harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda yang mungkin sekarang tengah gabra sebab jadi casual contact dan tukar warna kuning kan. Rilek je, takda masalah besar pun.

BACA : Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Selain itu, jangan lupa ambil vaksin Covid-19 tau dan juga dos penggalak atau booster shot. Sebagai langkah pencegahan. Banyak betul kes sekarang ni disebabkan Omicron.

1/Post a Comment/Comments

  1. Semoga Allah bro selalu. risau jugak variasi omicron lain mcm cikit. Stay safe bro

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post