Jadual & Keputusan Perlawanan Yonex Gainward German Open 2022 (Live Streaming)

Jadual & Keputusan Perlawanan Yonex Gainward German Open 2022

Siri Kejohanan Badminton Dunia BWF diteruskan lagi dengan sebuah kejohanan YONEX Gainward German Open 2022 yang akan berlangusng di Mülheim, Germany.

Kejohanan ini berstatus BWF World Tour Super 300 yang bakal berlangsung bermula 8 Mac hingga 13 Mac 2022 di venue Westenergie Sporthalle.

Selain menawarkan mata rangking, hadiah wang tunai juga bakal dibawa pulang oleh barisan pemain dengan jumlah keseluruhan sebanyak USD180,000 (~RM750 juta).

BACA : Jadual Kejohanan All England Open Championships 2022

Terbuka Jerman 2022 merupakan kejohanan keempat daripada BWF World Tour 2022 dan merupakan sebahagian daripada Kejohanan Terbuka Jerman yang telah diadakan sejak 1955 lagi. Kejohanan ini dianjurkan oleh German Badminton Association bersama-sama Badminton World Federation (BWF)

Kejohanan : Yonex Gainward German Open 2022
Tarikh : 8 Mac - 13 Mac 2022
Level : BWF World Tour Super 300
Venue : Westenergie Sporthalle, Mülheim, Germany
Hadiah : USD180,000 (~RM750 juta)

TERKINI

Pemain regu lelaki negara Soh Wooi Yik disahkan positif Covid-19, jadi penyertaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa dibatalkan. Manakala pasangan Goh V Shem-Low Juan Shen juga terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Dalam masa yang sama, BAM juga mengumumkan pemain perseorangn lelaki negara Ng Tze Yong juga terpaksa direhatkan untuk German Open 2022 dan akan kembali di Swiss Open 2022 (22-27 Mac) bagi membolehkan beliau kembali lebih cergas ekoran kecederaan ringan sebelum ini. Liew Daren juga menarik diri atas faktor kesihatan.

Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Terbuka Jerman 2022

Antara pemain negara sama ada pemain dibawah naungan BAM atau pemain profesional yang layak dan sertai kejohanan Terbuka Jerman untuk tahun 2022 adalah:

[Perseorangan Lelaki]

  • Lee Zii Jia [5]
  • Liew Daren
  • Ng Tze Yong

[Beregu Lelaki]

  • Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong
  • Ong Yew Sin/Teo Ee Yi [6]
  • Goh Sze Fei/Nur Izzuddin
  • Goh V Shem/Low Juan Shen
  • Man Wei Chong/Kai Wun Tee
  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik [2]

[Beregu Wanita]

  • Pearly Tan/M. Thinaah Muralitharan [8]
  • Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

[Beregu Campuran]

  • Chen Tang Jie/Peck Yen Wei
  • Goh Soon Huat/Lau Shevon Jemie [8]
  • Hoo Pang Ron/Cheah Yee See
  • Tan Kian Meng/Lai Pei Jing [6]
  • Ong Yew Sin/Goh Liu Ying

Pemain-pemain ini adalah termasuk *pemain profesional negara. Tiada wakil negara daripada kategori perseorangan wanita.

Keputusan & Jadual Perlawanan Yonex Gainward German Open 2022

Secara rasminya Persatuan Badminton Dunia (BWF) telah mengeluarkan keputusan undian perlawanan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Untuk peminat sukan badminton tanah air, anda boleh saksikan perlawanan yang melibatkan pemain negara secara langsung yang akan ditayangkan di Astro Supersport 814 dan Astro Go hanya bermula di peringkat Separuh Akhir sahaja.

Berikut merupakan senarai jadual perlawanan bagi kejohanan Yonex Gainward German Open 2022 yang melibatkan pemain-pemain Malaysia.

8 Mac 2022 [Selasa] (R32)

Live streaming akan dikemaskini : Live 1 | Live 2 | Live 3 | Live 4 | Perlawanan akan bermula jam 5.00 petang waktu Malaysia

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing [6] (MAS) - XD
[15-21, 21-14, 21-12]
William Villeger/Anne Tran (FRA)

Adam Hall/Julie Macpherson (SCO) - XD
[21-16, 21-13]
Ong Yew Sin/Goh Liu Ying (MAS)

Goh Soon Huat/L. Shevon Jemie [8] (MAS) - XD
[21-14, 13-21, 12-21]
Callum Hemmin/Jessica Pugh (ENG)

K.K. Marran/Helina Ruutel (EST) - WD
[14-21, 20-22]
Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS)

Ng Tze Yong (MAS)
VS
Jonatan Christie [6] (INA)

Goh V Shem/Low Juan Shen (MAS)
VS
Aaron Chia/Soh Wooi Yik [2] (MAS)

9 Mac 2022 [Rabu] (R32)

Live streaming akan dikemaskini : Live 1 | Live 2 | Live 3 | Live 4 | Perlawanan akan bermula jam 4.00 petang waktu Malaysia

Mar Caljouw (NED) - MS
[21-19, 13-21, 8-21]
Lee Zii Jia [5] (MAS)

Tan Pearly/M. Thinaah [8] (MAS) - WD
[17-21, 14-21]
Julie Macpherson/Ciara Torrance (SCO)

Supak Jomkoh/S. Paewsampran (THA) - XD
[21-18,21-16]
Hoo Pang Ron/Cheah Yee See (MAS)

M. R. Arjun/Dhruv Kapila (IND) - MD
[13-21, 22-20, 19-21]
Ong Yew Sin/Teo Ee Yi [6] (MAS)

Chen Tang Jie/Peck Yew Wei (MAS) - XD
[12-21, 21-13, 21-23]
Marcus Ellis/Lauren Smith (ENG)

Takuro Hoki/Yugo Kobayashi [1] (JPN) - MD
[21-13, 21-13]
Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong (MAS)

Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) - MD
[13-21, 17-21]
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS)

Zhao Jun Peng (CHN)
VS
Liew Daren (MAS)

10 Mac 2022 [Khamis] (R16)

Live streaming akan dikemaskini : Live 1 | Live 2 | Live 3 | Live 4 Perlawanan akan bermula jam 5.00 petang waktu Malaysia

Christo POPOV (FRA) - MS
[13-21, 21-18, 12-21]
LEE Zii Jia [5] (MAS)

TAN Kian Meng [6]/LAI Pei Jing (MAS) - XD
[21-16, 10-21, 21-18]
Gregory MAIRS/Jenny MOORE (ENG)

Ben LANE/Sean VENDY (ENG) - MD
[15-21, 21-14, 17-21]
ONG Yew Sin [6]/TEO Ee Yi (MAS)

GOH Sze Fei/Nur IZZUDDIN (MAS) - MD
[21-13, 21-14]
Joel EIPE/Daniel LUNDGAARD (DEN)

J. MACPHERSON/C. TORRANCE (SCO) - WD
[14-21, 21-19, 16-21]
Vivian HOO/LIM Chiew Sien (MAS)

11 Mac 2022 [Jumaat] (Suku Akhir)

Live streaming akan dikemaskini : Live 1 | Live 2 | Live 3 (VPN) | Live 4 | Perlawanan akan bermula jam 9.00 malam waktu Malaysia

LEE Zii Jia [5] (MAS) - MS
[21-12, 21-18]
ZHAO Jun Peng (CHN)

C. Q. Chen [1]/J. Y. Fan (CHN) - WD
[21-15, 22-20]
Vivian HOO/LIM Chiew Sien (MAS)

Puavaranukroh [1]/Taerattanachai (THA) - XD
[21-11, 21-18]
TAN Kian Meng [6]/LAI Pei Jing (MAS)

ONG Yew Sin [6]/TEO Ee Yi (MAS) - MD
[15-21, 22-20, 19-21]
GOH Sze Fei/Nur IZZUDDIN (MAS)

12 Mac 2022 [Sabtu] (Separuh Akhir)

Live streaming akan dikemaskini : Live 1 | Live 2 | Live 3 Live 4 (VPN) | Perlawanan akan bermula jam 9.00 malam waktu Malaysia yang akan disiarkan di Astro Supersport 814.

Lee Zii Jia [5] (MAS) - MS
[13-21, 12-21]
K. Vitidsarn (THA)

He Ji Ting/Zhou H D (CHN) - MD
[12-21, 18-21]
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS)

13 Mac 2022 [Ahad] (Final)

Live streaming akan dikemaskini : Live 1 | Live 2 | Live 3 Live 4 (VPN) | Perlawanan akan bermula jam 7.00 malam waktu Malaysia yang akan disiarkan di Astro Supersport 814.

Puavaranukroh [1]/Taerattanachai (THA) - XD
[21-11, 21-9]
OU Xuan Yi/HUANG Ya Qiong (CHN)

Chen Yu Fei (CHN) - WS
[21-14, 27-25]
He Bing Jiao (CHN)

Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) - WD
[21-16, 29-30, 21-19]
Gabriela STOEVA [7]/Stefani STOEVA

Lakshya SEN (IND) - MS
[18-21, 15-21]
Kunlavut VITIDSARN (THA)

LIU Yu Chen/OU Xuan Yi (CHN) - MD
[21-23, 21-16, 14-21]
GOH Sze Fei/Nur IZZUDDIN (MAS)

GOH Sze Fei Nur IZZUDDIN juara regu lelaki german open 2022

Untuk jadual dan keputusan undian perlawanan keseluruhan pula, anda boleh rujuk laman web BWF di www.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post