Filem Jaga-Jaga Senariounion Di Tayangkan Di Astro First Bermula 21 April Ini

Jaga-Jaga Senariounion di Astro First bermula 21 April 2022

Pasti ramai tidak sabar-sabar menunggu kemunculan semula ahli kumpulan legenda Senario di layar perak yang mana mereka kembali menerusi filem Jaga-Jaga Senariounion yang akan ditayangkan di Astro First.

Pasti ramai antara kita membesar dengan lawak jenaka kumpulan Senario ketika nama mereka gah sekitar tahun 90-an. Ketika itu, kita tidak kering gusi ketawa apabila melihat persembahan sitkom Senario.

Kemudian mereka bergerak ke layar perak menerusi siri-siri filem Senario The Movie, Senario Lagi dan Lagi-Lagi Senario. Walaupun ianya telah lama dimainkan, tetapi filem trilogi tersebut tetap evergreen sehingga sekarang.

Disebabkan itulah, pengarah yang tidak asing lagi yang juga mengangkat nama Senario ketika itu yang juga merangkap penerbit, Aziz M Osman tampil dengan sebuah lagi filem daripada Senario bagi mengubati kerinduan penonton iaitu menerusi Jaga-Jaga Senariounion (JJS)

Tayangan : Astro First
Pengarah : Aziz M. Osman
Penerbit : Aziz M. Osman
Produksi : Botak Production Management Sdn. Bhd.

Jaga-Jaga Senariounion di Astro First bermula 21 April 2022

Barisan Pelakon

Dalam filem ini, kesemua ahli Senario terlibat kecuali Mazlan iaitu Azlee, Ilya Buang, Saiful Apek, Wahid, Hamdan dan Yassin. Kesemuanya menggunakan nama watak dengan nama sendiri.

Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon yang sama sebelum ini seperti Syanie, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran, Amm Raja Lawak, Nur Farisha Amira dan ramai lagi

Sinopsis Filem Jaga-Jaga Senariounion

Filem ini bermula dengan kisah keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk menjadi pengiring bakal pengantin iaitu Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring. 

Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong.

Ibu pengantin perempuan iaitu Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku.

Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan.

Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?

Jaga-Jaga Senariounion di Astro First bermula 21 April 2022

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Jaga-Jaga Senariounion yang akan dimainkan di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Anda boleh langgan di saluran 480 atau menerusi On Demand dan Astro Go dengan harga RM15.00 untuk tempoh 48 jam dengan tontonan secara berulang-ulang

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post