Telefilem 40 Hari Di TV1

Telefilem 40 Hari Di TV1

Saksikan telefilem 40 Hari yang akan menemui penonton pada 23 April 2022, iaitu pada hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan arahan daripada pengarah yang tidak asing lagi iaitu Malek Rahman dengan hasil nukilan skrip oleh Zarihah Hassan yang diterbitkan oleh syarikat produksi Fantasia Elit Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem 40 Hari

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem 40 Hari ialah Ridzuan Hashim, Rahim Jalani, Marissa Yasmin, Laila Nasir, Zetty Ludin, Aryan Naim, Mohd Yusri, Danish Hazriq dan ramai lagi

  • Ridzuan Hashim sebagai Dato Hafiz
  • Marissa Yasmin sebagai Datin Salina
  • Aryan Naim sebagai Faris
  • Zetty Ludin sebagai Fasha
  • Laila Nasir sebagai Siti Saleha

Telefilem 40 Hari Di TV1

Telefilem 40 Hari mengisahkan tentang watak utama Dato’ Hafiz, usahawan berjaya dan terkenal hidup bersama Datin Salina dan dua anak, Faris juga Fasha. Kehidupan mereka serba mewah dengan projek syarikat yang memang tak putus. Dato’ Hafiz menjalinkan hubungan baik dengan semua orang penting di semua jabatan. Tujuannya ialah untuk memudahkan urusannya untuk dapatkan projek dan tender.

Dia juga tidak kedekut dengan mereka. Setiap orang yang membantu syarikatnya mendapatkan projek pasti akan merasa habuannya. Dalam kata lain rasuah adalah “pakaian” beliau untuk dapatkan sesuatu projek. Farid, orang kanannya dan juga kawan baiknya akan dipertanggungjawabkan dalam urusan tersebut. Namun Farid sebenarnya tidak berapa setuju dengan apa yang dilakukan dan kerap kali menasihatkan Dato Hafiz tetapi malangnya tidak diendahkan.

Segalanya bermula pada suatu hari apabila Dato’ Hafiz tiba-tiba diserang sakit kepala yang teramat sangat. Ketika itu sedang bermain golf dengan salah seorang rakan dari jabatan penting. Mereka sedang berbincang mengenai satu kontrak tanpa tender. Dia segera dihantar ke hospital. Apabila diperiksa oleh doktor, keputusan menunjukkan pada bahagian otak kiri Dato’Hafiz ada ketumbukan yang kemungkinan besar barah otak peringkat kritikal.

Kehidupan tenang dan bahagia Dato’ Hafiz sekeluarga bertukar menjadi kelam-kabut. Isteri dan anaknya terkejut. Seakan tidak dapat menerimanya. Mereka yang selama ini tidak pernah diuji dengan kesusahan mula tergugat dan paranoid untuk kehilangan Dato Hafiz. Mereka mula takut jika Dato Hafiz mati kehidupan mereka akan berubah miskin. Sikap isteri dan anak-anaknya itu membuatkan Dato Hafiz amat kecewa.

Ketika Dato Hafiz terlantar di hospital, arwah Daud kemalangan dan tidak seorang pun wakil syarikat yang datang menziarahi jenazah Daud. Hanya sehari selepas jenazah disemadikan Farid datang atas inisiatifnya sendiri memberi sumbangan kepada balu arwah, Siti Saleha. Farid meminta maaf kepada Siti Saleha atas ketidakhadirannya itu kerana dia sedang uruskan Dato Hafiz di hospital. Datin Salina dan anak-anak ketika itu sedang bercuti di Switzerland dan ambil masa untuk pulang.

Doktor terpaksa tidurkan Dato Hafiz selama tiga hari bagi membolehkan dia berehat dan tidak tertekan. Semasa dalam dia “dalam tidur”, Dato Hafiz dipertontonkan segala cerita masa silamnya, usia hidupnya yang banyak disia-siakan selama ini. Dia mengabaikan solat bersedekah tetapi kerana kepentingan bisnes tanpa keikhlasan dan membayar zakat dengan niat menunjuk kepada orang lain. Apa yang paling jelas ialah amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan Dato Hafiz.

Ketika itu juga dia nampak Farid berusaha untuk menghalang dia dari melakukan amalan tidak baik itu tetapi sebaliknya Farid telah dibuang kerja. Sebaik terjaga dari “tidurnya”, dia nampak isteri dan anak-anaknya. Datin Salina minta supaya dia jangan stress kalau tidak mahu kanser dalam otaknya merebak cepat. Dia tak ambil peduli kata-kata isterinya sebaliknya dia bertanya di mana Farid? Malangnya Datin Salina menjawab acuh tak acuh. Dia juga menyedari isterinya tidak suka dia berbaik dengan Farid.

Dengan bantuan Farid dan Siti Saleha, Dato Hafiz kembali ke pangkal jalan. Namun pada masa sama dia bimbangkan tentang isteri dan anak-anaknya yang sudah jauh tersasar daripada landasan agama. Adakah kesampaian hasratnya itu? Ikuti kesudahannya di TV1.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post