Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Di TV3

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Di TV3

Saksikan telefilem Tanam Apa Itu Bang Aji yang akan menemui penonton semula pada 27 Mei 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem romantik komedi yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat Dato' A. Aida sendiri iaitu A. Aida Production Sdn. Bhd dan diarahkan oleh pengarah Riza Baharudin.

Sinopsis Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji ialah Kazar Saisi, Rosnah Johari, Cha Cha maembong, Amir Mirza, Jaja Iliyes, Octovia Manrose dan ramai lagi.

  • Kazar Saisi sebagai Abang Aji
  • Rosnah Johari sebagai Cik Ja
  • Cha Cha maembong sebagai Ika
  • Amir Mirza sebagai Naruto
  • Jaja Iliyes sebagai Nina
  • Octovia Manrose sebagai Noni

Ianya mengisahkan tentang Abang Aji yang sudah bersara dan mula bosan apabila tidak ada apa yang boleh dilakukan. Isterinya, Cik Ja sibuk dengan kerja dan bisnes online.

Untuk membunuh kebosanan Abang Aji mula berjinak-jinak menanam sayur di tepi rumah. Abang Aji berkongsi kegembiraan di media sosial apabila melihat sayurnya mula membuahkan hasil.

Jiran yang lalu di tepi rumah selalu menyapa dan bertanya, tanam apa tu Abang Aji?. Abang Aji tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu bercucuk tanam.

Anak Abang Aji, Nina tidak peduli dengan hobi baru abahnya. Begitu juga dengan satu-satunya anak lelaki Abang Aji, Naruto. Cuma Noni, anak ke dua yang memperlihatkan minat dan kagum dengan kebolehan abahnya menanam sayur sehingga menjadi.

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Di TV3

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post