Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya Di TV3

Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya Di TV3

Sempena Aidilfitri, saksikan telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya yang akan menemui penonton pada 21 Mei 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 dan secara online di www.tonton.com.my

Selain itu, telefilem ini juga tersedia di beberapa platform lain seperti di cinema.tonton.com.my dan Youtube Rasmi TV3 yang mana anda boleh strim pada bila-bila masa sahaja secara percuma.

Untuk info, telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan penghasilan skrip oleh Siti Solehah Abdul Ghani.

Sinopsis Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya

Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Hairi Safwan, Faezah Elai, Sheila Mambo, Sherry Aljeffri, Sharifah Juairiah, Shamimi, Dato Hattan dan ramai lagi.

  • Fikry Ibrahim sebagai Zain
  • Emma Maembong sebagai Shafinas
  • Hairi Safwan sebagai Pak Su Nizam
  • Faezah Elai sebagai Husna
  • Sheila Mambo sebagai Aminah

Ianya mengisahkan tentang mengisahkan tentang seorang influencer yang juga artis popular di Malaysia, Shafinaz beraya di kampung halaman rakannya, Zain.

Apabila penduduk kampung dapat tahun berita tersebut, satu kampung kecoh dan teruja dengan kehadiran artis pujaan mereka akan menjejakkan kaki ke tempat mereka

Shafinaz balik ke kampung tersebut untuk merasai pengalaman pertama kali sambut Ramadan di luar bandar setelah bertahun di luar negara sehingga mencetuskan suasana lucu dan ceria di kampung mereka.

Zain yang mempunyai perasaan pada Syafinaz cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.

Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya Di TV3

1/Post a Comment/Comments

  1. Kalaulah SRK tahun 90an datang beraya dekat rumah saya...wow seronok!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post