Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Di TV3

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Di TV3

Saksikan telefilem Kerana Aku Isteri Bidaan mulai 16 Mei 2022 yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10.00 malam di slot Samarinda TV dan iQIYI www.iq.com/local yang mana menggantikan drama Khilaf Asmara sebelum ini.

Telefilem 29 episod ini merupakan drama adaptasi novel Kerana Aku Isteri Bidaan karya Tulip Ungu dan kali ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rahim Zali dengan penulisan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria.

Pelakon

Drama siri terbaru ini menampilkan barisan pelakon seperti Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Dato Jalaludin Hassan, Esma Daniel, Silfeni Osman, Syafnida Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Hazeeq Dean, Ellyas Abdullah, Lydiawati, Wan Ahmad, Jasper Supayah, Cayaha Nilam, Ismail Yaacob dan ramai lagi.

⏩ Tonton Drama Kerana Aku Isteri Bidaan - Link 1 | Link 2 | Link 3

Watak Lakonan

  • Scha Elinnea sebagai Raina Badrina
  • Hisyam Hamid sebagai Farel Zafeeq
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai Dato Arbain
  • Esma Daniel sebagai Dato Malek
  • Silfeni Osman sebagai Miara
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Riyanita
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
  • Hazeeq Dean sebagai Hakim
  • Ellyas Abdullah sebagai Emad Al Faheed
  • Lydiawati sebagai Juwita
  • Wan Ahmad sebagai Aznor
  • Jasper Supayah sebagai Nana

Sinopsis Drama Kerana Aku Isteri Bidaan

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan mengisahkan tentang Riana yang telah memfitnah Farel bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan Haji Meon yang mana akhirnya memerangkap diri sendiri hingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya.

Malang tidak berbau ditambah pula dengan Raina yang salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor yang menjualnya ke rumah pelacuran untuk dijadikan GRO.

Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara. Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan.

Farel bertemu semula dengn Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Rainna dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamya kepada Raina. Namun kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.

Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar dann ingin kembali menebus silapnya dan ingin membaik pulih rumahtangganya.

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Di TV3

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post