Drama Puteri Reunion Di TV3

Mini Siri Drama Puteri Reunion Di TV3

Saksikan mini siri drama 4 episod Puteri Reunion yang akan mula disiarkan pada Hari Raya Pertama, 2 Mei 2022, pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.30 pagi di siaran TV3 atau secara online di www.tonton.com.my

Pasti ramai yang merindui telatah Puteri dan kawan-kawan dalam sitkom sebelum ini dan mereka kini kembali dibawah penerbitan syarikat produksi Padi Pictures Sdn. Bhd. dan kali ini diarahkan oleh pengarah Amor Rizan.

Sinopsis Drama Puteri Reunion

Masih lagi mengekalkan pelakon dan watak yang sama seperti sebelum ini. Antara pelakon yang terlibat ialah Nora Danish, Kenchana Devi, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Beego, Ruhainies, Idris Khan, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Drama Puteri Reunion mengisahkan tentang Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya. Namun, masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuatkan dia turut terjebak dalam kekusutan mereka.

Bukan itu sahaja, ditambah pula dengan kemunculan sepupu Puteri, Rania yang hampir membuatkan hidup Puteri semakin porak peranda!

Dalam pada itu, Roslan mahu menambat hati Puteri semula dan perlu bersaing dengan Hanif. Apakah kesudahannya, nanti di Puteri Reunion.

Mini Siri Drama Puteri Reunion Di TV3

Mini Siri Drama Puteri Reunion Di TV3

Mini Siri Drama Puteri Reunion Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post