Telefilem Bukan Cinta Biasa Di TV2

Telefilem Bukan Cinta Biasa Di TV2

RTM bawakan sekali lagi telefilem Bukan Cinta Biasa yang akan menemui penonton pada 24 Mei 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh pengarah Chad Abd Rahman dengan hasil nukilan skrip oleh Marr Mohamad

Sinopsis Telefilem Bukan Cinta Biasa

Telefilem Bukan CIinta Biasa menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Hafidz Rosdhi, Trisha Oii, Kamliah Mad Dom, Aidit Noh, Jasper Supayah dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Rania yang merupakan seorang usahawan wanita dalam bidang tekstil yang memiliki segalanya. Kejayaan, kekayaan juga kecantikan.

Namun hidupnya sunyi kerana tidak mempunyai teman hidup. Dina, pembantu peribadinya mencadangkan Rania mencari pewaris. Mana mungkin Rania ada pewaris kalau dia enggan berkahwin?

Rania kemudian membuat tawaran kepada Hafiz, seorang pelajar yang ingin mencari pendapatan tambahan untuk menampung pengajian dan menyara neneknya di kampung. Hafiz ditawarkan untuk berkahwin dengan Rania bagi mendapatkan anak! 

Telefilem Bukan Cinta Biasa Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post