Telefilem Curi Duit Raya Di Astro Citra

Telefilem Curi Duit Raya Di Astro Citra

Sempena Aidilfitri kali ini, Astro bawakan telefilem Curi Duit Raya yang akan menemui penonton pada hari Raya Keenam bersemaan 7 Mei 2022, Sabtu pada jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 dan astrogo.astro.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan bersama daripada syarikat Arie Zaharie Production dan AA Success Pictures dan Izuan Mokhtar bertindak sebagai pengarah dalam cerita ini.

Sinopsis Telefilem Curi Duit Raya

Telefilem Curi Duit Raya menampilkan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Nasha Aziz, Laura Olivia, Syed Irfan, Syed Ali Murtadha, Sayyid Baqir, Umar Alishakur, Aryo, Muzayyin dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak sindiket minta sedekah yang dikerahkan oleh bos mereka untuk pergi beraya dan kumpul duit raya.

Tetapi kali ini mereka bertekad untuk melarikan diri balik ke kampung untuk mencari keluarga mereka yang telah hilang sejak sekian lama.

Oleh itu, mereka perlu menjalankan misi mereka ini sambil diburu oleh kumpulan sindiket ini sehinggalah berjaya meloloskan diri untuk kembali ke pangkuan keluarga. Adakah mereka semua akan berjaya?

Telefilem Curi Duit Raya Di Astro Citra

Telefilem Curi Duit Raya Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post