Telefilem Sakanak Di TV3

Telefilem Sakanak Di TV3

Saksikan telefilem Sakanak yang akan menemui penonton semula pada 23 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem berdasarkan kisah benar awalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip daripada Kent Tan.

Sinopsis Telefilem Sakanak

Telefilem Sakanak menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Fify Azmi, Chem Amar, Sherry Al Jeffry, Chemat Raja Lawak dan ramai lagi.

  • Tiz Zaqyah sebagai Sara
  • Farid Kamil sebagai Kamal
  • Fify Azmi sebagai Maya

Ianya mengisahkan kehidupan Sarah yang sering keguguran anak sehingga buat kali ketujuh. Sarah dan suaminya Kamal kecewa impian untuk memiliki anak sejak berkahwin 4 tahun lalu berkecai. Setiap kali kandungannya mencecah 4 bulan, Sarah akan mengalami pendarahan.

Sara dihantui penampakkan nenek kebayan pada setiap kali Sara hamil hinggakan anak dalam kandungannya hilang dimakan nenek kebayan misteri itu.

Suaminya Kamal dan adiknya Maya berusaha melindungi Sara dari dihantui kelibat yang bergentayangan itu. Apakah yang terjadi sebenarnya?

Telefilem Sakanak Di TV3

Telefilem Sakanak Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post