Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria

Menyusuli Jangan Menangis Cinta, saksikan pula drama Setelah Terlafaznya Akad 2 yang akan mula bersiaran pada 1 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria 104 atau strim di Astro Go.

Drama yang menjadi trending di Google pada tahun 2019 yang lalu kini kembali untuk musim kedua yang mana ianya drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia.

Setelah Terlafaznya Akad 2 merupakan drama terbitan Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah yang sama seperti musim pertama, Michael Ang dan dioleh oleh penulis skrip Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Atilia Azhar.

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Drama siri 20 episod ini masih mengekalkan watak utama iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose disamping beberapa pelakon lain yang terlibat. Antaranya ialah Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah, Zeera Azizi dan ramai lagi.

  • Kamal Adli sebagai Hanan
  • Uqasha Senrose sebagai Nawal
  • Zeera Azizi sebagai Hani
  • Talha Harith sebagai Zaki
  • Nasz Sally sebagai Habibah
  • Sharifah Shahora sebagai Nafisah
  • Adam Shahz sebagai Mus
  • Seha Monica sebagai Haryati
  • Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
  • Syahiera Abu Hasan sebagai Milah

Ianya mengisahkan tentang rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja.

Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara.

Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi.

Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post