Telefilem Bukan Serapuh Mimpi Di TV1

Telefilem Bukan Serapuh Mimpi Di TV1

Saksikan telefilem Bukan Serapuh Mimpi yang akan menemui penonton pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 atau boleh tonton secara online menerusi rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan idea asal daripada Ika Sabreena, diarahkan oleh Amie Mazni dengan penulisan skrip oleh Haida Mazni serta diterbitkan oleh syarikat produksi Brighstar Pictures Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Bukan Serapuh Mimpi

Telefilem Bukan Serapuh Mimpi menampilkan barisan pelakon seperti Balkisyh Semundur Khan, Norlia Ghani, Tengku Zara Eryna, Tengku Ahmad Saifuddin, Nur Khadra Syamimi M. Khadri, Ikhwan Khairuddin, Azzahra Ahmad dan ramai lagi.

⏩ Tonton bukan Serapuh Mimpi - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang tentang Shimah (Balkisyh Semundur Khan) iaitu seorang ibu yang kemurungan dan menyalahkan diri sendiri selepas kematian anak dan suaminya kerana kemalangan.

Bukan itu sahaja, Shimah juga disisihkan oleh masyarakat setempat apabila dianggap kurang waras. Namun keadaaanya yang sedih itu telah menimbulkan rasa simpati pada Mak Cik Zah dan cuba membantu Shimah untuk terus kuat menerima takdir hidupnya.

Telefilem Bukan Serapuh Mimpi Di TV1

Telefilem Bukan Serapuh Mimpi Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post