Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Saksikan telefilem Syurga Tanpa Dosa yang akan menemui penonton pada 11 April 2023, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di saluran RTM di TV2 atau boleh juga strim di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Najmi Maziez Mazelan dengan nukilan skrip oleh Sime Senrose.

Sinopsis Telefilem Syurga Tanpa Dosa

Telefilem Syurga Tanpa Dosa menampilkan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah, Azrel Ismail, Fauziah Nawi, Dato' Ziela Jalil, Zulkifli Ismail, Shaharudin Thamby, Raja Norbaizura dan ramai lagi.

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Aiman
  • Puteri Aisyah sebagai Isya
  • Azrel Ismail sebagai Hisyam

⏩ Tonton Telefilem Syurga Tanpa Dosa - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang tentang seorang pemuda bernama Hisyam yang terkenal dengan sikap barannya. Dia telah berkahwin dengan kekasihnya, Isya.

Namun tanpa diduga, pada satu hari Hisyam telah bertindak diluar kawalan apabila bergaduh dengan isterinya itu. Akibat daripada pertengkaran tersebut yang mana tidak dapat mengawal kemarahannya, dia telah menceraikan Isya dengan talak tiga.

Selepas pencerian tersebut, Hisyam menyesal kerana dia sememangnya masih sayangkan Isya. Begitu juga dengan Isya yang masih mencintai suaminya ketika itu. Ini boleh diibaratkan sebagai terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Hisyam buntu memikirkan cara untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu. Namun akhirnya dia terfikir satu jalan sahaja yang boleh menyatukan mereka semula iaitu Isya perlu berkahwin dengan lelaki lain dan selepas diceraikan baharulah dapat berkahwin semula dengan Hisyam. 

Untuk memenuhi hasrat mereka berkahwin semula, Hisyam telah memilih sahabat baiknya Aiman untuk dinikahkan dengan Isya dan berharap Aiman akan menceraikan Isya dalam waktu terdekat.

Namun adakah Aiman memenuhi janjinya? Bagaimana pula dengan Isya? Adakah dia rela diceraikan untuk berkahwin semula dengan Aiman atau pun dia memilih untuk terus hidup bahagia dengan suami.

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post