Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan Malaysia Open 2022

Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan Malaysia Open 2022

BWF World Tour akan bergerak pula ke Malaysia bagi berlangsungnya dua kejohanan iaitu Malaysia Open dan Malaysia Masters. Untuk yang pertama akan berlangsung dahulu Petronas Malaysia Open 2022 dari 28 Jun hingga 3 Julai 2022.

Malaysia Open 2022 akan berlangsung selama enam hari yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dan orang ramai terutamanya peminat sukan badminton tanah air sudah boleh dapatkan tiket masuk bagi menyaksikan aksi perlawanan yang hebat.

Cara Beli Tiket Masuk Malaysia Open 2022

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tiket masuk bagi menyaksikan aksi badminton dalam kejohanan Petronas Malaysia Open 2022 sudah dibuka sejak 26 Mei 2022 dengan harga tiket bermula RM25 sehingga RM500.

Terdapat 5 jenis tiket iaitu Upper, Lower, Premium, VIP dan Super Fan dengan harga berbeza mengikut peringkat perlawanan daripada pusingan 32 sehingga final dan kesemuanya adalah free seating.

Anda boleh mula buat pembelian sekarang secara online di laman web MYTICKET ASIA di khworldwide.sales.ticketsearch.com/sales/sales

Cara Beli Tiket Masuk Malaysia Open 2022

Cara Beli Tiket Masuk Malaysia Open 2022

Terma & Syarat

Antara terma dan syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu tunjuk e-tiket anda sebelum memasuki stadium
  2. Kod QR pada tiket anda tersebut akan diimbas sebelum masuk
  3. Satu tiket hanya untuk satu orang sahaja
  4. Makanan dan minuman dibenarkan bawa masuk 
  5. Perlu memakai facemask setiap masa ketika berada di dalam stadium

Diharapkan orang ramai dapat penuhi setiap ruang stadium bagi memberi semangat kepada para pemain terutamanya pemain negara bagi mengharungi kejohanan Malaysia Open 2022 kali ini.

Selain itu, jika anda ingin dapatkan merchandise yang dibawakan oleh Petronas bagi sukan badminton kali ini seperti t-shirt, jersi, aksesori dan sebagainya, boleh dapatkan secara online di www.petronasmerchandise.com

Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web khworldwide.sales.ticketsearch.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post