Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

Saksikan drama Jodohku Babysitter yang akan mula menemui penonton pada 6 Julai 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di slot Megadrama di Astro Ria 104 dan boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Drama 20 episod ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Jodohku Babysitter' karya Nureen Ahmad dan kini diterbitkan oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd, diarahkan oleh Hadith Omar dengan penghasilan skrip daripada panel Kota Cerita.

Sinopsis Drama Jodohku Babysitter

Drama Jodohku Babysitter menampilkan barisan pelakon seperti Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Aleza Shadan, Isaac Iman, Natasha Nazira dan ramai lagi.

  • Aliff Aziz sebagai Adam Farhan
  • Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa
  • Yuna Rahim sebagai Atiqah
  • Ellyas Abdullah sebagai Amri
  • Aleza Shadan sebagai Puan Sri Kirana
  • Nina Juren sebagai Puan Halijah
  • Natasha Nazira sebagai Airisya
  • Isaac Iman sebagai Adib

Tonton Drama Jodohku Babysitter Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kisah cinta yang tidak diduga antara seorang duda iaitu Adam Farhan yang mempunyai dua orang anak, Adib dan Airisya dengan seorang wanita bergayakan tomboy, Adelia Faranisa.

Adel dan Adam ada masalah tersendiri. Adel dengan masalah kerjanya, Adam pula menghadapi masalah menjaga anak-anaknya selepas bercerai dengan Atikah.

Selepas beberapa pertemuan yang berakhir dengan pergaduhan, Adam tidak yakin Adel boleh menjaga anak-anaknya. Namun, kehadiran Puan Sri Kirana yang ingin mengambil cucunya, Adib telah membuatkan Adam berang.

Adel yang menghalang keadaan, telah membuka mata Adam terhadapnya. Atas nasihat ibunya, Adam akhirnya melamar Adel. Bagaimanapun, perkahwinan mereka terus diganggu oleh bekas ibu mertuanya, Puan Sri Kirana.

asd

Hubungan Atikah dan Amri pula tidak seperti yang disangka kerana dia seorang kaki perempuan. Atikah bertindak membunuh Amri sehingga dia sendiri trauma. Puan Sri Kirana mengambil keputusan untuk meminta bantuan Adam untuk menyelamatkan anaknya yang trauma.

Adam terpaksa berbohong kepada Adel demi membantu bekas isterinya. Dia sanggup menipu untuk melihat Atikah sembuh kerana dialah ibu kepada anak-anaknya. Namun, tipu daya Adam telah dihidu oleh Adel.

Konflik memuncak apabila Atikah menyangka Adam curang terhadapnya dengan Adel tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Lantas Atikah bertekad untuk membunuh Adel. Apakah akan terjadi kepada pasangan ini? Adakah kebahagiaan menanti Adam dan Adel kelak?  

Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

Drama Jodohku Babysitter Di Astro Ria

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post