Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Saksikan drama siri Gempak Original berjudul The Maid 2 yang akan menemui penonton mulai 6 Julai 2022, setiap hari Rabu pada jam 9.30 malam di saluran Astro Ria 104 atau boleh strim secara online di Astro Go.

Drama ini merupakan sequel atau kesinambungan daripada musim pertama. Ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh 2 pengarah yang tidak asing lagi Michael Ang dan Hadith Omar dengan penghasilan skrip daripada Sham Hashim dan Nazri Vovinski.

Sinopsis Drama The Maid 2

Drama The Maid 2 menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Norman Hakim, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean, Aniq Suhair dan ramai lagi.

  • Norman Hakim sebagai Jay
  • Marsha Milan sebagai Qina
  • Sherry Alhadad sebagai Suhana
  • Datin Seri Paduka Eina Azman sebagai Nadia
  • Ezzaty Abdullah sebagai Fika
  • Nabil Aqil sebagai Remy
  • Yuna Rahim sebagai Kiambang

Tonton Drama The Maid 2 Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Suhana, Nadia dan Fika yang baru sahaja diceraikan oleh Jay selepas Jay mengahwini Qina, isterinya yang paling baharu dan muda.

Situasi mereka bertambah buruk apabila harta mereka telah berpindah milik kepada Jay setelah Jay berjaya memperdayakan mereka untuk menandatangani satu surat.

Justeru, Suhana, Nadia dan Fika mula berbaik dengan satu sama lain dan merancang untuk membalas dendam kepada Jay. Jay dan Qina pergi bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Dao.

Resort itu baru sahaja diambil alih oleh Qina. Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ke resort itu dengan senyap untuk membunuhnya.

Ketika mereka berada di resort, mereka terserempak dengan Remy yang kini bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan. Remy berasa hairan kerana mereka semua check in ke dalam hotel itu menggunakan identiti palsu.

Namun, sebelum mereka sempat melaksanakan perancangan untuk membunuh Jay, Jay telah ditemui mati di kolam renang resort itu. Situasi bertambah buruk apabila resort itu diarahkan untuk tutup dan dikawal dengan ketat supaya tiada sesiapa pun dapat melarikan diri ketika siasatan dijalankan.

Keadaan menjadi lebih bahaya apabila mereka semua turut diancam oleh pembunuh misteri. Siapakah pembunuh misteri pada kali ini?

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post