Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Sempena Aidiladha, Astro bawakan telefilem khas Amshar Bukan Asha yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada jam 10.00 pagi di saluran Astro Ria 104 atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem ini idea asal daripada Shouq Mohamad dan diterbitkan oleh syarikat produksi iFabulous Art Media & Event (iFame), diarahkan oleh Eyra Rahman dengan penulisan skrip daripada Siti Jasmina.

Sinopsis Telefilem Amshar Bukan Asha

Telefilem Amshar Bukan Asha menampilkan barisan pelakon seperti Naim Daniel, Farah Ahmad, Syazwan Zulkifly, Emma Sofea, Haidar Hasanudin, Raff Roslee, Sahronizam Noor dan ramai lagi.

  • Naim Daniel sebagai Amshar/Asha
  • Syazwan Zulkifly sebagai Mazlan
  • Farah Ahmad sebagai Asmah
  • Emma Sofea sebagai Yam
  • Haidar Hasanudin sebagai Sahar
  • Raff Roslee sebagai Amrul

Tonton Telefilem Amshar Bukan Asha Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang diberi nama timangan Asha. Asmah iaitu ibu kepada Asha amat menyayanginya dan sejak kecil Asmah lebih senang melihat anaknya berperwatakan lembut dan sopan.

Setiap pemakaian anaknya itu ditentukan mengikut kemahuannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Asha hanya menuruti sahaja permintaa ibunya tersebut.

Walaupun mengharungi pelbagai liku kehidupan, Asha tetap tabah menjadi dirinya dan menjaga hati ibunya sebaik mungkin kerana dia amat menyayanginya dan tidak sanggup untuk melukakan hati si ibu.

Namun, perwatakan lembut Asha itu bukanlah dirinya yang sebenar. Asha berperwatakan lembut seperti itu kerana diasuh ibunya sejak kecil atas kebencian ibunya terhadap lelaki kerana pernah menjadi mangsa dera suaminya iaitu ayah kepada Asha.

Apakah yang terhadi seterusnya? Adakah akan terus berperwatakan sebagai Asha atau kembali kepada fitrah sebagai Amshar

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post