Telefilem Debu-Debu Dosa Di TV2

Telefilem Debu-Debu Dosa Di TV2

Saksikan telefilem Debu-Debu Dosa yang akan temui penonton pada 5 Julai 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Beat Revolution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ollynn Khadri dengan nukilan skrip daripada Nor Farhana.

Sinopsis Telefilem Debu-Debu Dosa

Telefilem Debu-Debu Dosa menampilkan barisan pelakon seperti Tasha Shilla, Fakree Ibrahim, Wan Maimunah, Dhazrin Kamaruddin, Puan Suraya, Zack, Kumika dan ramai lagi.

Tonton Telefilem Debu-Debu Dosa - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kisah rumah tangga Alya dan Hairi yang mula retak stelah hampir 6 tahun usia perkahwinan mereka. Isterinya, Alya curang dibelakangnya dan berkenalan dengan seorang lelaki bernama Zack.

Selepas bercerai, Alya membawa Darius tinggal dengan Mak Yam. Alya sering marah dan mengherdik Mak Yam. Mak Yam juga terpaksa bekerja keras menjual nasi lemak untuk menyara anak dan cucunya kerana Alya malas bekerja dan hanya tahu minta duit, Mak Yam cedera kerana perbuatan Alya.

Alya membawa Darius lari dan tinggal dengan kekasihnya. Alya dan kekasihnya ingin pergi bercuti, Alya meninggalkan Darius seorang diri dirumah sehingga Darius jatuh pengsan keseorangan.

Hairi terkejut dengan cerita Mak Yam dan mendapat kejutan lagi sekali selepas polis menelefonnya menerangkan keadaan anaknya, Darius. Alya kemalangan ketika mengejar Ambulans, dan tidak dapat diselamatkan.

Telefilem Debu-Debu Dosa Di TV2

Telefilem Debu-Debu Dosa Di TV2

Telefilem Debu-Debu Dosa Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post