Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

Saksikan telefilem Menantu Mek yang akan menemui penonton pada hari raya pertama, 10 Julai 2022, hari Ahad pada jam 10.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112. Selain itu, boleh dapatkan lagi pelbagai kandungan menarik di awesometv.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Red Bean Production Sdn. Bhd. yang mana ianya diarahkan oleh pengarah baru yang tengah meningkat naik Issey Fazlisham.

Sinopsis Telefilem Menantu Mek

Telefilem Menantu Mek menampilkan gabungan dua negara iaitu Gesya Shandy daripada Indonesia dan pelakon-pelakon Malaysia seperti Issey Fazlisham, Kuza Muzani, Aishah Azman, Shiful, Hushairi Husain, Sabri Yunus, Damia dan ramai lagi.

  • Issey Fazlisham sebagai Mat Ju
  • Gesya Shandy sebagai Sari
  • Kuza Muzani sebagai Mek
  • Aishah Azman sebagai Mira

⏩ Saksikan Telefilem Menantu Mek - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Mat Ju yang telah berkahwin dengan seorang gadis Indonesia bernama Sari secara senyap-senyap tanpa pengetahun keluarga dan kemudian telah membawanya pulang ke kampung di Kota Bahru.

Mat Ju yang sudah berkahwin dengan Sari membuatkan Mek iaitu mak kepada Mat Ju marah dengan tindakannya itu. Ini kerana Mat Ju sepatutnya akan bertunang dengan salah seorang gadis kampungnya iaitu Mira pada Hari Raya Aidiladha nanti.

Disebabkan itu juga, Jeming yang juga sukakan Mira tidak akan benarkan Mat Ju bertunang dengan pilihan hatinya tersebut. Jadi adakah pada akhirnya Mat Jun akan bertunang dengan mengikut cakap Mek nya atau setia bersama Sari?

Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

Telefilem Menantu Mek Di Awesome TV

1/Post a Comment/Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post